Tarikh : 30 November 2020 Masa : 2.30 petang - 5.30 petang Peserta : 2 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas bertujuan menambah pengetahuan peserta tentang pemasaran dalam aplikasi Shopee.
Kelas bertujuan memberi pendedahkan kepada peserta berkenaan menjual produk di halaman Facebook (Facebook Page) dan teknik pemasaran yang digunakan
Aktiviti :
Pemasaran Shopee
1. Peserta mengakses akaun shopee dan terus kebahagian seller centre. Seller centre adalah pusat pengurusan peniaga dimana peniaga boleh mengetahui pelbagai status dan proses urusniaga.
2. Peserta diminta ke bahagian Pusat Pemasaran. Pusat Pemasaran adalah platform untuk membantu penjual menguruskan promosi dan diskaun.
3. Petugas menerangkan cara membuat promosi diskaun, baucer dan hadiah pengikut.
4. Peserta membuat pratikal di kedai shopee masing-masing dan perlu menyemak promosi yang dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan
Facebook Page
1. Peserta mengakses akaun Fabebook dan membuka platform halaman (page). Maklumat page diisikan antaranya nama page, katogeri, jenis page, penerangan, no telefon dan emel dan lain-lain.
2. Gambar profile dan banner dimasukkan bagi mencantikkan page.
3. Peserta diminta menjemput rakan facebook untuk like dan follow page tersebut.
4. Hantaran status peniagaan dilakukan.
5. Petugas menerangkan teknik Fb Ads yang digunakan untuk menjual produk dengan lebih berkesan ke selueruh Negara.
6. Petugas juga berkongsi tips penigaan menggunakan media social seperti facebook.
____________________________________________________________________________________________________________