Tarikh : 28 Disember 2020 Masa : 8.30 pagi - 11.00 pagi Peserta : 50 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
1. Memperkenalkan SKMM dan peranannya serta undang-undang yang berkaitan dengan jenayah siber
2. Menyebarkan kesedaran tentang masalah buli di media sosial dan ketagihan internet di kalangan kanak-kanak.
3. Memberi solusi yang terbaik untuk mengatasi masalah dan jenayah di media sosial.
Aktiviti :
1. Penerangan adalah berkaitan dengan peranan dan jenayah siber yang ditangani oleh SKMM. Selain itu, penjelasan tentang undang-undang yang
dikawal selia, hukuman dan agensi yang terlibat dalam menyelesaikan masalah jenayah siber juga diterangkan.
2. Peserta juga mendapat pendedahan tentang buli siber seperti mengenali mangsa dan pemangsa, cara yang sering digunakan untuk membuli dan
cara mengatasi serta mengelak dari masalah buli. Peserta menonton beberapa video yang berkaitan dengan jenayah siber.
3. Selain itu, petugas juga menerangkan tentang 'online grooming' yang sering berlaku dikalangan remaja. Masalah ini adalah serius dan perlu ditangani dengan teknik yang betul supaya mangsa tidak terus terpedaya dengan pemangsa.
4. Petugas juga menerangkan tentang ketagihan internet yang boleh menyebabkan masalah kesihatan dan sosial. Peserta diberikan beberapa contoh kajian berkaitan dengan ketagihan internet.
Aktivti sokongan : Permainan dan kuiz KDB
__________________________________________________________________________________________________________