Tarikh   : 15 Januari 2021

Masa     : 3.00 petang - 5.00 petang

Peserta : 1 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Kelas bertujuan membantu komuniti mendaftar perniagaan menggunakan aplikasi yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

 

Aktiviti :
1. Peserta mengakses https://ezbiz.ssm.com.my/?0 dan mengetik butang sign up. Kemudian peserta perlu mengisi borang Maklumat Pendaftaran seperti no kad pengenalan dan nama penuh.
2. Peserta perlu mengisi kata nama dan kata laluan yang akan digunakan untuk membuka portal ini.
3. Maklumat lain seperti emel, alamat tempat tinggal, no telefon dan sebagainya turut diperlukan. Setelah selesai, peserta perlu membaca terma dan syarat yang telah ditetapkan dan kemudiannya menanda butang pengesahan. Seterusnya menekan butang hantar.
4. Peserta akan mendapat emel dari SSM yang menyatakan peserta perlu hadir ke pejabat SSM untuk mengimbas cap jari bagi mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan,
5. Pengaktifan perlu dibuat dalam tempoh 14 hari. Setelah itu, peserta boleh mendaftar syarikat tanpa perlu ke Pejabat SSM.

 

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________