Tarikh    : 25 November 2018

Masa      : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Peserta  : 8 Orang

Tempat  : Pusat Internet  Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Mengemaskini tarikh dan masa komputer dan memastikan komputer disambung pada internet.

 

Aktiviti :

1. Pelajar membuka komputer masing-masing. Petugas menerangkan cara yang betul menghidupkan komputer supaya keselamatan terjaga.
2. Pelajar diberi penerangan tentang kepentingan tarikh dan masa yang tepat mengikut waktu semasa. Tarikh dan masa yang tepat akan membolehkan komputer disambungkan kepada internet.
3. pelajar diminta membetulkan tarikh dengan menekan ruang masa dan tarikh, memastikan masa mengikut zon yang sepatutnya, memastikan tarikh yang betul dan menekan butang apply.
4. Pelajar diminta menyambungkan komputer dengan wifi internet dengan menekan butang wifi dan memasukkan kata laluan yang diberikan. Kemudian mereka diminta mengakses internet dan melayari youtube bagi memastikan komputer benar-benar disambung pada internet.
5. Setelah selesai pelajar diminta menutup semua tetingkap dan shutdown komputer tersebut.

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________________