Tarikh    : 22 Disember 2018

Masa      : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Peserta  : 156 Orang

Tempat  : Pusat Internet  Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Jom Sihat Bersama Komuniti bertujuan memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat dann mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

Aktiviti :
1. Aktivti bermula pada pukul 8.00 pagi dengan senamrobik di Padang Awam Felda Trolak Selatan. Senamrobik di ketuai oleh Encik Jaafar Ahmah, bekas Jurulatih PLKN. Senamrobik di sertai lebih kurang 50 orang warga Felda Trolak Selatan.
2. Pendaftaran dibuka pada jam 8.30 pagi di Pusat Internet(PI). 50 orang pengunjung pertama mendapat cenderahati dari PI. Pendaftaran aktiviti lain seperti Lawan Makan Salad, Berus Gigi Beramai-ramai dan Bento Makanan Sihat.
3. Agensi lain yang terlibat adalah Tabung Darah Negara Hospital Slim River, Klinik Pergigian Sungkai dan Irfan Optomertrist. Menurut Tabung Darah Negara, mereka berjaya mengumpul 24 pek darah dalam program ini. Pengunjung boleh membuat pemeriksaan gigi dan mata secara percuma.
4. Selain itu, kanak-kanak tahap 1, boleh menyertai berus gigi beramai-ramai. Mereka diberi cawan dan berus gigi. Sebelum melakukan aktiviti tersebut, doktor dari Klinik Pergigian Sungkai memberi penerangan cara memberus dengan betul. Mereka juga diberi penerangan tentang gigi dan fungsinya.
5. beberapa orang pengunjung menyertai My Place dan My Komuniti. Petugas menerangkan tentang Dashboard serta cara menggunakannya.
6. Penutup aktiviti adalah penyampaian hadiah, cabutan bertuah dan ucapan dari Puan Hawaniah Korik, Pengerusi GPW Felda Trolak Selatan.

 

Gambar di sini

_______________________________________________________________________________________