Tarikh : 10 Mac 2019 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 8 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas bertujuan membantu pelajar meningkatkan kemahiran dan menguasai matematik dengan menjawab soalan secara atas talian dari bank soalan guru-guru terpilih.
Aktiviti :
1. Pelajar menjawab soalan mudah iaitu operasi tambah yang disediakan oleh petugas. Soalan ini diambil dari bank soalan secara atas talian. Soalan tersebut dijawab menggunakan MS Office Word.
2. Pelajar mengakses www.latihtubimatematik.com untuk menjawab soalan mengikut tahun dan topik. Terdapat banyak pilihan topik soalan dan setiap topik mempunyai set-set soalan mengikut tahap kesukaran.
3. Pelajar diminta menjawab soalan dan diberi masa untuk menjawabnya. Pelajar akan mengetahui sama ada soalan yang dijawab itu adalah betul atau salah dan setelah selesai menjawab soalan pelajar akan diberi markah pencapaian secara atas talian.
__________________________________________________________________________________