Tarikh : 20 Julai 2019 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Peserta : 13 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Program bertujuan membantu pelajar meningkatkan penguasaan Matematik dalam subjek wang melalui latih tubi berbentuk intraktif.
Aktiviti :
1. Pelajar mengakses quizizz.com dan memasukkan nombor pin yang telah dipaparkan di screen utama. Aplikasi ini menawarkan pelbagai soalan mengikut mata pelajaran dan tahun pengajian. Soalan-soalan yang disediakan dibuah oleh guru dan institusi pengajian.
2. Setelah memasukkan nombor pin, pelajar perlu memasukkan nama masing-masing dan menjawab soalan yang diberikan. Soalan kuiz ini berdasarkan mata pelajaran Matematik (wang). Kumpulan soalan pertama dimulakan dengan mengenal wang dan nilai, operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi.
3. Kuiz lebih menarik apabila pelajar menjawab soalan dalam kumpulan iaitu 1 kumpulan 2 orang dan bersaing dengan kumpulan2 yang lain. Dalam pertandingan secara kumpulan, pelajar diberi soalan berbentuk penyelesaian masalah.
_____________________________________________________________________________