Tarikh : 22 Julai 2019 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 16 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
- Meningkatkan kebolehan pelajar menggunakan tetikus
- Meningkatkan kemahiran membezakan warna dan penggunaan warna yang betul
- Membantu menambah pengetahuan tentang haiwan, tumbuhan dan persekitaran
Aktiviti :
1. Sebelum aktiviti berlangsung, petugas memberi penerangan tentang asas komputer seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Petugas juga menunjuk cara memegang tetikus dengan betul dan cara menggunakannya.
2. Kanak-kanak mula mewarna karaktor yang diberikan menggunakan aplikasi Hellokids.com. Aplikasi ini menyediakan pelbagai jenis pembelajaran yang mudah dan menarik kepada kanak-kanak. Pelbagai karaktor yang sesuai dengan pelbagai tema boleh digunakan.
_____________________________________________________________________________