Tarikh : 12 Ogos 2019 Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari Peserta : 4 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
- Memberi pendedahan kepada peserta untuk mengenali komputer
- Membantu peserta meningkatkan pengetahuan tentang cara menggunakan MS Office Word
Aktiviti :
1. Petugas memberi pengenalan tentang fungsi perkakasan komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus dan pcu serta cara menggunakanya. Petugas juga menerangkan perkara-perkara yang terdapat pada desktop.
2. Peserta diminta mengenali huruf dan askara yang terdapat pada papan kekunci. Petugas memberi penerangan tentang fungsi beberapa icon pada papan kekunci seperti 'enter', 'spacebar' 'delete' dan lain-lain
3. Kemudian peserta diberi latihan untuk memahirkan tangan menaip huruf mengikut contoh yang diberikan. Peserta juga diberi tugasan menaip askara menggunakan 'shift'. Dalam aktiviti ini, petugas mengadakan pertandingan bagi mencari peserta yang dapat menaip dengan pantas.
4. Aktivti beralih kepada MS Office Word. Petugas memberi penerangan tentang fungsi dan beberapa tool yang akan digunankan. Peserta diajar menaip perkataan, menukar jenis, saiz dan warna font. Peserta juga diajar cara menggunankan centre text, memasukkan dan mengecilkan gambar melalui clip art.
5. Hasil aktiviti disimpan kedalam folder masing-masing.
_____________________________________________________________________________