Tarikh : 18 April 2021 Masa : 2.15 petang - 3.15 petang Masa : 3.30 petang - 4.30 petang Peserta : 11 orang Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas e-Tuisyen ini diadakan untuk membantu pelajar mendapatkan pembelajaran tambahan secara atas talian.
Aktiviti :
1. Sesi pendaftaran telah bermula pada awal April 2021.
2. Pelajar hadir mengikut jadual yang talah ditetapkan oleh MSD dan PIK
3. Proses pembelajaran menggunakan Aplikasi Zoom. Setiap pelajar diberi modul untuk rujukan.
4. Sebelum kelas bermula, pelajar diingatkan supaya mute microphone dan menggunakannya jika guru memanggil nama pelajar sahaja bagi mengelakkan keadaan yang bising dan mengganggu pelajar lain.
5. Pelajar juga diingatkan untuk menggunakan button reaction jika ingin menyatakan keinginan seperti suka, setuju dan lain-lain.
__________________________________________________________________________________________________________
Tarikh :11 April 2021 Masa :10.00 pagi - 12.00 tengahari Peserta : 1 orang Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas bertujuan membantu komuniti mendaftar perniagaan menggunakan aplikasi yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Aktiviti :
1. Peserta mengakses https://ezbiz.ssm.com.my/?0 dan mengetik butang sign up. Kemudian peserta perlu mengisi borang Maklumat Pendaftaran seperti no kad pengenalan dan nama penuh.
2. Peserta perlu mengisi kata nama dan kata laluan yang akan digunakan untuk membuka portal ini.
3. Maklumat lain seperti emel, alamat tempat tinggal, no telefon dan sebagainya turut diperlukan. Setelah selesai, peserta perlu membaca terma dan syarat yang telah ditetapkan dan kemudiannya menanda butang pengesahan. Seterusnya menekan butang hantar.
4. Peserta akan mendapat emel dari SSM yang menyatakan permohonan telah diterima dan perlu mengaktifkan akaun ezbiz dengan memuat naik ked pengenalan, swafoto bersama kad pengenalan dan dokumen sokongan.
5. Setelah semua dokumen yang diperlu, dimuat naik, peserta perlu menunggu pengesahan dari SSM untuk proses selajutnya.
__________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 4 April 2021 Masa :10.00 pagi - 1.00 tengahari Peserta : 1 orang Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Menggunakan Microsoft Office Word untuk mengusun gambar
Aktiviti :
1. Peserta mengakses Microsoft Office Word.
2. Kemudian peserta mencari imej yang diperlukan dalam google image. Antara imej yang dicari adalah tugasan sains tahun 5. Setelah mendapat imej yang sesuai, peserta menyalin (copy) dan menampal (paste) imej tersebut dalam Ms Office Word.
3. Imej-imej tersebut disusun supaya tidak bertinding. Setelah selesai, dokumen tersebut dicetak untuk di tampal secara fizikal dalam buku latihan sains masing-masing.
Aktivti sokongan : Menggunakan Google Image untuk mecari imej yang diperlukan
__________________________________________________________________________________________________________
Tarikh :10 April 2021 Masa :10.00 pagi - 12.00 tengahari Peserta : 1 orang Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas bertujuan membantu pelajar menggunakan Microsoft Office Word untuk membuat perbentangan yang kreatif
Aktiviti :
1. peserta menggunaka Microsoft Office Word untuk membuat perbentangan ini.
2. Peserta menyalin maklumat yang tersedia kedalam MS office Word.
3. Untuk menjadikan perbentangan menarik, peserta menggunakan tool seperti shape dan arrow dengan warna yang berbeza-beza.
4. Peserta menyimpan dokumen yang telah selesai dalam format pdf untuk mengekalkan keadaan dokumen.
__________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 5 April 2021 Masa :10.00 pagi - 12.00 tengahari Peserta : 1 orang Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Membantu komuniti melakukan pendaftaran prasekolah dan tahun 1
Aktiviti :
1. Peserta mendaftar akaun di https://public.moe.gov.my/
2. Setelah mendapat kata laluan, peserta mengakses akaun Prasekolah dan Tahun 1. Semua maklumat yang diperlukan seperti maklumat pelajar, ibu bapa dan tanggungan perlu dimasukkan.
3. Maklumat perlu hantar dangn menekan butang hantar dan borang yang telah dicetak untuk diberikan kepada sekolah.
__________________________________________________________________________________________________________