Tarikh   : 28 Mac 2021

Masa     : 3.00 petang - 5.00 petang

Peserta: 2 orang

Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Kelas diadakan untuk mengajar peserta membuat rekaan asas canvas dan layer menggunakan Adobe Photoshop.

 

Aktiviti :
1. Peserta mengakses Adobe Photoshop yang disediakan. Petugas menerangkan tools/peralatan yang terdapat pada AP.
2. Peserta membuat canvas mengguna saiz 210mm x 297mm iaitu saiz A4. Petugas menerangkan perbezaan saiz, resolution, color background dan color yang boleh digunakan untuk menghasilkan rekaan yang cantik
3. Peserta menggunakan Paint Bucket Tool untuk mewarnakan background canvas. Kemudian peserta membuat layer baru dengan memasukkan text
4. Kemudian peserta diminta mencari imej png di google.image. dan memasukkan imej tersebut ke dala AP. Setiap imej di cantikkan menggunakan blending option. Rekaan di simpan untuk suntingan akan datang

 

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________

 

Tarikh   : 17 Mac 2021

Masa     :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Peserta: 1 orang

Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Membantu komuniti menggunakan computer dan internet untuk menjalani kelas secara atas talian

 

Aktiviti :
1. Peserta membuka link google meet yang talh disedaikan oleh penganjur.
2. Pembelajaran dijalankan secara atas talian.
3. Antara yang diajar, adalah resepi, teknik masakan, perniagaan dan tip2 memasak.

 

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 4 Mac 2021

Masa     :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Peserta: 1 orang

Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Membantu komuniti melakukan pendaftaran prasekolah dan tahun 1

 

Aktiviti :
1. Peserta mendaftar akaun di https://public.moe.gov.my/
2. Setelah mendapat kata laluan, peserta mengakses akaun Prasekolah dan Tahun 1. Semua maklumat yang diperlukan seperti maklumat pelajar, ibu bapa dan tanggungan perlu dimasukkan.
3. Maklumat perlu hantar dangn menekan butang hantar dan borang yang telah dicetak untuk diberikan kepada sekolah.

 

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 16 Mac 2021

Masa     :10.00 pagi - 12.00 tengahari

Peserta: 1 orang

Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Kelas bertujuan membantu komuniti mendaftar perniagaan menggunakan aplikasi yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

 

Aktiviti :
1. Peserta mengakses https://ezbiz.ssm.com.my/?0 dan mengetik butang sign up. Kemudian peserta perlu mengisi borang Maklumat Pendaftaran seperti no kad pengenalan dan nama penuh.
2. Peserta perlu mengisi kata nama dan kata laluan yang akan digunakan untuk membuka portal ini.
3. Maklumat lain seperti emel, alamat tempat tinggal, no telefon dan sebagainya turut diperlukan. Setelah selesai, peserta perlu membaca terma dan syarat yang telah ditetapkan dan kemudiannya menanda butang pengesahan. Seterusnya menekan butang hantar.
4. Peserta akan mendapat emel dari SSM yang menyatakan permohonan telah diterima dan perlu mengaktifkan akaun ezbiz dengan memuat naik ked pengenalan, swafoto bersama kad pengenalan dan dokumen sokongan.
5. Setelah semua dokumen yang diperlu, dimuat naik, peserta perlu menunggu pengesahan dari SSM untuk proses selajutnya.

 

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 1 Mac 2021 dan  2 Mac 2021

Masa     :10.00 pagi - 1.00 tengahari

Peserta: 1 orang

Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Mempelajari teknik perniagaan dan pengurusan Shopee.
Memdalami teknik promosi yang dijalankan di Shopee.
Membuka akaun Shopee dan menjual produk

 

Aktiviti :
1. Kelas bermula dengan pendaftaran melalui link yang diberikan menggunakan google meet.
2. Peserta diminta mengakses akaun shopee masing-masing. Peserta yang masih tidak mempunyai kedai di Shopee diajar menyediakan kedai. Kedai perlu dicipta untuk mempamerkan produk masing-masing. Peserta perlu mengemaskini profile kedai seperti banner, nama kedai, keterangan, gambar dan video.
3. Penganjur turut mengajar cara mendekorasi kedai supaya menarik. Selain itu, peserta diajar cara memasukkan produk, membuat deskripsi dan menentukan harga penghantaran.
4. Peserta juga diberi pendedahan untuk membuat promosi jualan dan memberi hadiah atau syiling kepada pelanggan.

 

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________