Tarikh : 25 Februari & 27 Februari 2021 Masa :10.30 pagi - 12.00 tengahari Peserta: 1 orang Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas bertujuan membantu komuniti mendaftar perniagaan menggunakan aplikasi yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Aktiviti :
1.Peserta mengakses https://ezbiz.ssm.com.my/?0 dan mengetik butang sign up. Kemudian peserta perlu mengisi borang Maklumat Pendaftaran seperti no kad pengenalan dan nama penuh.
2.Peserta perlu mengisi kata nama dan kata laluan yang akan digunakan untuk membuka portal ini.
3.Maklumat lain seperti emel, alamat tempat tinggal, no telefon dan sebagainya turut diperlukan. Setelah selesai, peserta perlu membaca terma dan syarat yang telah ditetapkan dan kemudiannya 4.menanda butang pengesahan. Seterusnya menekan butang hantar.
5.Peserta akan mendapat emel dari SSM yang menyatakan permohonan telah diterima dan perlu mengaktifkan akaun ezbiz dengan memuat naik ked pengenalan, swafoto bersama kad pengenalan dan dokumen sokongan.
6.Setelah semua dokumen yang diperlu, dimuat naik, peserta perlu menunggu pengesahan dari SSM untuk proses selajutnya
__________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 23 Februari 2021 Masa :10.00 pagi - 12.00 tengahari Peserta: 1 orang Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Membuat poster menggunakan aplikasi MS Office Publisher
Aktiviti :
1.Peserta menggunakan aplikasi MS Office Publisher untuk membuat poster tulisan.
2.Petugas menerangkan serba sedikit mengenai cara menggunakan aplikasi ini.
3.Peserta mula menulis perkataan yang di atas canvas yang telah dipilih.
4.Hasil poster dicetak untuk kegunaan peserta.
__________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 7 Februari 2021 Masa :10.00 pagi - 12.00 tengahari Peserta: 6 orang Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Menyediakan tempat untuk pelajar SPM membuat ulangkaji bersama guru menggunakan google meet
Aktiviti :
1.Pelajar mengakses link yang disediakan oleh guru mereka.
2.Pelajar memulakan pembelajaran menggunakan bahan yang telah disediakan seperti soalan SPM
__________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 25 Februari 2021 Masa :10.00 pagi - 12.00 tengahari Peserta: 1 orang Tempat : Pusat Internet Komuniti Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Membantu pelajar untuk menjalankan PDPR dan menyelesaikan tugasan dari guru secara atas talian
Aktiviti :
1.Pelajar mengakses link yang disediakan oleh guru dan memulakan latihan yang telah diberikan.
2.Petugas membantu memantau dalam proses menyelesaikan tugasan.
__________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 6 Februari 2021 Masa : 2.30 petang - 5.30 petang Peserta: 2 orang Tempat : Pusat Internet Felda KomunitiTrolak Selatan |
Tujuan :
Seminar Gempur SPM dijalankan bagi membantu Pelajar-Pelajar SPM untuk membuat persediaan Peperiksaan pada bulan Februari 2021
Aktiviti :
1.Peserta mendaftar sebagai ahli Pusat internet dengan harga RM5.
2.Petugas menggunakan 1 komputer untuk mengakses link yang disediakan oleh penganjur bagi mengurangkan risiko talian sesak.
3.Peserta menjawab soalan dan mengulangkaji pelajaran matematik tambahan bersama guru yang telah dilantik oleh penganjur.
__________________________________________________________________________________________________________