Tarikh   : 3 Februari 2021

Masa     : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Peserta: 1 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Komuniti Trolak Selatan

 

Tujuan :
Membantu pelajar menyediakan jadual persekolahan menggunakan MS Publisher

 

Aktiviti :
1. Peserta membuka MS Publsiher dan memilih lembaran kerja yang sesuai termasuk saiz, jenis lipatan dan ton warna yang dikehendaki
2. Kemudian, peserta memasuk jadual dan memilih kolum dan baris yang diperlukan. Peserta memasukkan data yang telah disediakan. Peserta menukar saiz font, jenis dan warna yang dikehendaki.
3. Jadual yang telah siap dicetak untuk simpanan peserta.

 

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 30 Januari 2021

Masa     : 10.30 pagi - 11.30 pagi

Peserta : 1 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Tujuan kelas diadakan untuk membantu komuniti mengemaskini profile pelajar.

 

Aktiviti :
1. Peserta mengakses https://public.moe.gov.my/ dan memasukkan id dan kata laluan.
2. Peserta mengemaskini profile maklumat setiap anak.
3. Setiap kemaskini perlu disimpan. Setelah selesai, semua maklumat tersebut dicetak untuk simpanan peribadi.

 

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 15 Januari 2021

Masa     : 3.00 petang - 5.00 petang

Peserta : 1 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Kelas bertujuan membantu komuniti mendaftar perniagaan menggunakan aplikasi yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

 

Aktiviti :
1. Peserta mengakses https://ezbiz.ssm.com.my/?0 dan mengetik butang sign up. Kemudian peserta perlu mengisi borang Maklumat Pendaftaran seperti no kad pengenalan dan nama penuh.
2. Peserta perlu mengisi kata nama dan kata laluan yang akan digunakan untuk membuka portal ini.
3. Maklumat lain seperti emel, alamat tempat tinggal, no telefon dan sebagainya turut diperlukan. Setelah selesai, peserta perlu membaca terma dan syarat yang telah ditetapkan dan kemudiannya menanda butang pengesahan. Seterusnya menekan butang hantar.
4. Peserta akan mendapat emel dari SSM yang menyatakan peserta perlu hadir ke pejabat SSM untuk mengimbas cap jari bagi mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan,
5. Pengaktifan perlu dibuat dalam tempoh 14 hari. Setelah itu, peserta boleh mendaftar syarikat tanpa perlu ke Pejabat SSM.

 

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 23 Januari 2021

Masa     : 3.30 petang - 5.30 petang

Peserta : 1 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Kelas bertujuan membantu guru untuk menjalankan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi zoom meeting.

 

Aktiviti :
1. Peserta menggunakan aplikasi zoom untuk menjalankan kelas secara atas talian.
2. Petugas membantu peserta menyediakan kelas tersebut.

 

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 15 Januari 2021

Masa     : 9.00 pagi - 12.30 tengahari

Peserta : 5 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Kursus bertujuan mendapat pendedahan tentang pengendalian makanan yang betul dan digariskan oleh Kementerian Kesihatan.
Kursus ini juga bertujuan mendapat sijil Latihan Pengendali Makanan yang diwajibkan oleh semua pengusaha makanan.

 

Aktiviti :
1. Peserta mengakses aplikasi zoom meeting menggunakan link yang telah disediakan oleh tenaga pengajar. Puan Nadhirah dari NZ Bunga Venture adalah tenaga pengajar yang memberi taklimat kepada peserta.
2. Peserta dimasukkan ke dalam kumpulan Whatsapp bagi tujuan menjawab soalan kuiz, menghantar keputusan kuiz dan bertanya soalan.
3. Penerangan adalah berkaitan teknik pengendalian makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pengusaha makanan dan sangat sesuai juga diaplikasikan di rumah.
4. Puan Nadhirah juga menyediakan video dan peserta perlu menjawab soalan berdasarkan video tersebut. Peserta juga menjawab soalan dalam borang atas talian yang disediakan dan markah perlu dihantar untuk penilaian.
5. Diakhir sesi, penganjur menyediakan sijil sebagai tanda peserta telah mengambil kursus Latihan Pengendali Makanan.

 

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________