Tarikh   : 13 Januari 2021

Masa     : 3.00 petang - 4.00 petang

Peserta : 1 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Kelas bertujuan membantu komuniti membuat surat pengesahan menggunakan MS Office Word

 

Aktiviti :
1. Peserta mengakses MS Office Word untuk menaip surat pengesahan.
2. Petugas menerangkan beberapa tool yang boleh digunakan semasa proses menaip. Antaranya menukar saiz font, jenis font dan alignment ayat.
3. Peserta menaip sehingga selesai berpandukan contoh surat yang disediakan.
4. Setelah selesai, surat tersebut dicetakkan untuk simpanan dan diberikan kepada yang berkenaan.

 

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 7 Januari 2021

Masa     : 8.30 pagi - 11.00 pagi

Peserta : 1 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Membantu kominiti mendaftar dan menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian

 

Aktiviti :
1. Peserta mengakses myBSN untuk mendaftar sebagai pengguna perbankan atas talian BSN
2. Peserta mengisi borang yang disediakan dan memasukkan katanama dan kata laluan.
3. Terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan seperti memasukkan ni pin untuk membuat pengesahan.
4. Petugas menerangkan cara menggunakan perbankkan atas seperti membuat transaksi, pembayaran bil dan lain-lain.

 

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 19 Disember 2020

Masa     : 10.15 pagi - 1.00 tengahari

Peserta : 6 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Kursus bertujuan mendapat pendedahan tentang pengendalian makanan yang betul dan digariskan oleh Kementerian Kesihatan.

Kursus ini juga bertujuan mendapat sijil Latihan Pengendali Makanan yang diwajibkan oleh semua pengusaha makanan.

 

Aktiviti :
1. Peserta mengakses aplikasi zoom meeting menggunakan link yang telah disediakan oleh tenaga pengajar. Puan Nadhirah dari NZ Bunga Venture adalah tenaga pengajar yang memberi taklimat kepada peserta.
2. Peserta dimasukkan ke dalam kumpulan Whatsapp bagi tujuan menjawab soalan kuiz, menghantar keputusan kuiz dan bertanya soalan.
3. Penerangan adalah berkaitan teknik pengendalian makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pengusaha makanan dan sangat sesuai juga diaplikasikan di rumah.
4. Puan Nadhirah juga menyediakan video dan peserta perlu menjawab soalan berdasarkan video tersebut. Peserta juga menjawab soalan dalam borang atas talian yang disediakan dan markah perlu dihantar untuk penilaian.
5. Diakhir sesi, penganjur menyediakan sijil sebagai tanda peserta telah mengambil kursus Latihan Pengendali Makanan.

 

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 28 Disember 2020

Masa     : 8.30 pagi - 11.00 pagi

Peserta : 50 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
1. Memperkenalkan SKMM dan peranannya serta undang-undang yang berkaitan dengan jenayah siber
2. Menyebarkan kesedaran tentang masalah buli di media sosial dan ketagihan internet di kalangan kanak-kanak.
3. Memberi solusi yang terbaik untuk mengatasi masalah dan jenayah di media sosial.

 

Aktiviti :
1. Penerangan adalah berkaitan dengan peranan dan jenayah siber yang ditangani oleh SKMM. Selain itu, penjelasan tentang undang-undang yang
dikawal selia, hukuman dan agensi yang terlibat dalam menyelesaikan masalah jenayah siber juga diterangkan.
2. Peserta juga mendapat pendedahan tentang buli siber seperti mengenali mangsa dan pemangsa, cara yang sering digunakan untuk membuli dan
cara mengatasi serta mengelak dari masalah buli. Peserta menonton beberapa video yang berkaitan dengan jenayah siber.
3. Selain itu, petugas juga menerangkan tentang 'online grooming' yang sering berlaku dikalangan remaja. Masalah ini adalah serius dan perlu ditangani dengan teknik yang betul supaya mangsa tidak terus terpedaya dengan pemangsa.
4. Petugas juga menerangkan tentang ketagihan internet yang boleh menyebabkan masalah kesihatan dan sosial. Peserta diberikan beberapa contoh kajian berkaitan dengan ketagihan internet.

Aktivti sokongan : Permainan dan kuiz KDB

 

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 14 Disember 2020

Masa     : 3.00 petang - 5.00 petang

Peserta : 2 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Kelas bertujuan membantu suri rumah menambah pendapatan dengan penjualan secara networking.

 

Aktiviti :
1. kelas ini dibuat secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom.
2. Peserta diminta membuka aplikasi ini dan pembelajaran dimulakan dengan penerangan tentang pengenalan terhadap syarikat.
3. Tenaga pengajar juga menerangkan konsep yang digunakan dalam perniagaan ini.
4. Selain itu, peserta diperkenalkan dengan produk dan cara mendapatkan pelanggan.

 

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________