Tarikh   : 4 Disember 2020

Masa     : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Peserta : 1 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

Tujuan :
Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan edagang dan menajan pendapatan melalui shopee.

Aktiviti :
1. Kelas bermula dengan pendaftaran peserta dan penerangan tentang syarat-syarat penyertaan peserta pertandingan.
2. Peserta diminta mengakses akaun shopee masing-masing. Peserta yang masih tidah mempunyai kedai di Shopee diajar menyediakan kedai. Kedai perlu dicipta untuk mempamerkan produk masing-masing. Peserta perlu mengemaskini profile kedai seperti banner, nama kedai, keterangan, gambar dan video.
3. Petugas turut mengajar cara mendekorasi kedai supaya menarik. Selain itu, peserta diajar cara memasukkan produk, membuat deskripsi dan menentukan harga penghantaran.
4. Peserta juga diberi pendedahan untuk membuat promosi jualan dan memberi hadiah atau syiling kepada pelanggan.

Gambar di sini

__________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 4 Disember 2020

Masa     : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Peserta : 1 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

Tujuan :
Kelas bertujuan membantu komuniti mendaftar perniagaan menggunakan aplikasi yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Aktiviti :
1. Peserta mengakses https://ezbiz.ssm.com.my/?0 dan mengetik butang sign up. Kemudian peserta perlu mengisi borang Maklumat Pendaftaran seperti no kad pengenalan dan nama penuh.
2. Peserta perlu mengisi kata nama dan kata laluan yang akan digunakan untuk membuka portal ini.
3. Maklumat lain seperti emel, alamat tempat tinggal, no telefon dan sebagainya turut diperlukan. Setelah selesai, peserta perlu membaca terma dan syarat yang telah ditetapkan dan kemudiannya menanda butang pengesahan. Seterusnya menekan butang hantar.
4. Peserta akan mendapat emel dari SSM yang menyatakan peserta perlu hadir ke pejabat SSM untuk mengimbas cap jari bagi mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan,
5. Pengaktifan perlu dibuat dalam tempoh 14 hari. Setelah itu, peserta boleh mendaftar syarikat tanpa perlu ke Pejabat SSM.

Gambar di sini

___________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 30 November 2020

Masa     : 2.30 petang - 5.30 petang

Peserta : 2 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

Tujuan :
Kelas bertujuan menambah pengetahuan peserta tentang pemasaran dalam aplikasi Shopee.
Kelas bertujuan memberi pendedahkan kepada peserta berkenaan menjual produk di halaman Facebook (Facebook Page) dan teknik pemasaran yang digunakan

Aktiviti :

Pemasaran Shopee
1. Peserta mengakses akaun shopee dan terus kebahagian seller centre. Seller centre adalah pusat pengurusan peniaga dimana peniaga boleh mengetahui pelbagai status dan proses urusniaga.
2. Peserta diminta ke bahagian Pusat Pemasaran. Pusat Pemasaran adalah platform untuk membantu penjual menguruskan promosi dan diskaun.
3. Petugas menerangkan cara membuat promosi diskaun, baucer dan hadiah pengikut.
4. Peserta membuat pratikal di kedai shopee masing-masing dan perlu menyemak promosi yang dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan

Facebook Page
1. Peserta mengakses akaun Fabebook dan membuka platform halaman (page). Maklumat page diisikan antaranya nama page, katogeri, jenis page, penerangan, no telefon dan emel dan lain-lain.
2. Gambar profile dan banner dimasukkan bagi mencantikkan page.
3. Peserta diminta menjemput rakan facebook untuk like dan follow page tersebut.
4. Hantaran status peniagaan dilakukan.
5. Petugas menerangkan teknik Fb Ads yang digunakan untuk menjual produk dengan lebih berkesan ke selueruh Negara.
6. Petugas juga berkongsi tips penigaan menggunakan media social seperti facebook.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 2 Disember 2020

Masa     : 10.30 pagi - 12.30 tengahari

Peserta : 1 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

Tujuan :
1) Meningkatkan kemahiran menggunakan Microsoft Office Excel
2) Meningkatkan pengetahuan tentang teknologi pengurusan yang lebih sistematik

Aktiviti :
1. Peserta mengakses MS Office Excel. Petugas menerangkan beberapa icon yang akan digunakan sepanjang penghasilan laporan.
2. Peserta memasukkan data yang telah tersedia ke dalam ruang excel tersebut.
3. Kemudian garis-garis jadual dibina bagi menampak data dalam kedudukan yang teratur.
4. Setelah selesai, laporan disimpan dan dicetak sebagai hardcopy

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 23 November 2020