Tarikh : 11 Oktober 2020 Masa : 3.00 petang - 6.00 petang Peserta : 4 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas bertujuan untuk memberi meningkatkan kemahiran peserta dalam teknik menyunting gambar.
Aktiviti :
1. Peserta mengakses aplikasi webcam Dell. Mereka diminta mengambil gambar menggunakan kamera di computer masing-masing.
2. Peserta mengakses Adobe Photoshop dan menyediakan canvas bersaiz A4 dengan resolusi 300 pixel. Kemudian petugas menerangkan beberapa peralatan yang akan digunakan untuk menghasilkan gambar yang dikehendaki.
3. Peserta dikehendaki memasukkan gambar yang telah dirakam ke canvas yang disediakan. Peserta perlu membuat latar bekalang berwarna dan masukkan icon dan bentuk kedalam canvas.
4. Hasil kreativiti di simpan ke dalam folder masing-masing.
Aktiviti Sampingan : Advokasi Klik Dengan Bijak
____________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 8 Oktober 2020 Masa : 3.30 petang - 5.30 petang Peserta : 8 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Taklimat ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa kebebasan untuk menyampaikan sesuatu perkara tidak membolehkan untuk menyebarkan maklumat yang palsu dan tidak tepat.
Aktiviti :
1. Peserta diberikan risalah berkenaan Kempen Klik dengan Bijak – Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong.
2. Petugas menerangkan tujuan kempen dijalankan. Kempen ini adalah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyalahgunaan media social dalam penyebaran maklumat yang tidak tepat.
3. Malaysia adalah Negara yang memberi kebebasan kepada rakyatnya dalam penggunaan media social. Walaupun terdapat akta dan undang-undang yang menjaga kelangsungan media social, namun masih ramau rakyat yang tidak mengedahkannya. Mereka mencetuskan huru hara dengan menyebarkan maklumat palsu, tidak tepat, maklumat dari sumber yang tidak sahih serta menyebarkan fitnah.
4. Kesan penyebaran maklumat tidak tepat atau palsu boleh memberi kesan yang negetif kepada Negara. Oleh itu, kebebasan kita sebagai pengguna media social untuk bukanlah membolehkan kita menyampai dan menyebarkan maklumat palsu dan berbohong. Semak sebelum sebar.
____________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 7 Oktober 2020 Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari Peserta : 1 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Aktiviti ini bertujuan membantu komuniti mengisi borang pendaftaran persekolahan.
Aktiviti :
1. Peserta mengakses Portal Kementerian Pendidkan Malaysia dan membuat pendaftaran.
2. Kemudian peserta memasukkan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, borang tersebut dicetak untuk simpanan.
____________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 8 Oktober 2020 Masa : 3.30 petang - 5.30 petang Peserta : 8 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas diadakan bertujuan untuk berkongsi ilmu perniagaan dan pemasaran makanan kesihatan AG Sera.
Aktiviti :
1. Kelas bermula dengan sesi pendaftaran peserta.
2. Puan Suraya memberi penerangan tentang kelebihan produk AG Sera. Beliau juga menceritakan pengalaman beliau menggunakan produk ini. Produk ini dikatakan dapat membantu merawat pelbagai penyakit dan terbukti keberkesanannya.
3. Kemudian beliau menerangkan secara terperinci cara yang digunakan untuk menjana pendapatan melalui perniagaan ini.
4. Beliau turut memberi beberapa contoh peserta yang telah Berjaya menjual produk ini dan mendapat pendapatan lumayan.
5. Kelas ini disertai oleh wanita dan belia dari Felda Trolak Selatan dan Felda Trolak Utara
____________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 27 September 2020 Masa : 9.00 pagi 10.00 pagi Peserta : 3 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Objektif kelas ini adalah untuk membolehkan pelajar mempelajari bahagian asas computer dan system operasi
Aktiviti :
1. Petugas menerangkan setiap peralatan yang terdapat pada computer. Antaranya, papan kekunci, tetikus, monitor, hard disk dan pemacu cd.
2. Setiap peserta diminta mencuba peralatan tersebut. Petugas menunjukkan cara memegang tetikus dengan lebih efisen serta memberi tahu fungsi dan penggunaan peralatan tersebut.
3. Peserta diberi latihan bagi mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran.
____________________________________________________________________________________________________________