Tarikh : 21 & 25 Ogos 2020 Masa : 3.00 petang - 6.00 petang Peserta : 10 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
1. kelas bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara mencipta poster menggunakan beberapa aplikasi yang terdapat dalam computer.
2. Menggalakkan penyertaan Pertandingan Poster PI 2020.
Aktiviti :
Sesi 1
1. Peserta diminta mengakses canva.my menggunakan emel masing-masing.
2. Petugas menerangkan cara menggunakan aplikasi ini. Antaranya jenis canvas, font, latar belakang dan gambar.
3. Peserta mencipta poster mengikut tema yang telah ditetapkan. Peserta diminta menyimpan poster dengan memuat turun ke dalam folder masing-masing.
Sesi 2
1. Peserta menggunakan MS Office Power Point untuk mencipta poster tersebut
2. Petugas memberi penerangan cara menggunakannya seperti slide, background, cara memasukkan gambar dan perkataan, saiz dan jenis font serta warna yang sesuai.
3. Peserta juga diminta menyimpan slide yang telah siap dalam format jpeg untuk proses penghantaran pertandingan
_____________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 16 Ogos 2020 Masa : 3.00 petang - 6.00 petang Peserta : 4 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Membolehkan pelajar mempelajari cara menngunakan internet dengan berkesan bagi mencari maklumat daj komunikasi
Aktiviti :
1. Peserta mengakses google.mail untuk mengisi borang yang disediakan. Antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah kata laluan. Bagi memudahkan peserta, petugas menyediakan kertas katalaluan supaya tidak berlaku masalah tersalah kata luluan.
2. Setelah selesai mengisi borang membina emel, peserta diberi penerangan tentang kegunaan emel, cara menggunakannya dan kepentingan emel pada masa kini.
3. Peserta diminta:
• Mengirim emel sesama rakan
• Membalas emel
• Melampirkan dokumen dan gambar
• Menggunakan font dan warna yang berbeza
• Meletakkan emoticon
• Chatting diruang chat
• Membuat video call
_____________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 2, 12, 14 dan 15 Ogos 2020 Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari Peserta : 8 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Bengkel diadakan bersempena Pertandingan Usahawan Online Baru Pusat Internet. Disamping itu bengkel juga bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan edagang.
Aktiviti :
1. Kelas bermula dengan pendaftaran peserta dan penerangan tentang syarat-syarat penyertaan peserta pertandingan.
2. Peserta diminta mengakses akaun shopee masing-masing. Peserta yang masih tidah mempunyai kedai di Shopee diajar menyediakan kedai. Kedai perlu dicipta untuk mempamerkan produk masing-masing. Peserta perlu mengemaskini profile kedai seperti banner, nama kedai, keterangan, gambar dan video.
3. Petugas turut mengajar cara mendekorasi kedai supaya menarik. Selain itu, peserta diajar cara memasukkan produk, membuat deskripsi dan menentukan harga penghantaran.
4. Peserta juga diberi pendedahan untuk membuat promosi jualan dan memberi hadiah atau syiling kepada pelanggan.
_____________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 13 Ogos 2020 Masa : 3.00 petang - 6.00 petang Peserta : 1 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Menghasilkan resume untuk memohon jawatan.
Aktiviti :
1. Peserta menggunakan Microssft Office Word untuk menaip maklumat yang diperlukan dalam sesebuah resume.
2. Petugas membantu peserta dalam menggunakan font dan saiz yang sesuai. Selain itu, pelajar turut melihat beberapa contoh resume yang menarik di google.com.
_____________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 19 Julai 2020 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari dan 2.30 petang - 5.30 petang Peserta : 1 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Tujuan kelas adalah menambah pengetahuan perniagaan dalam bidang pemasaran.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi goMeeting.com.
2. Tenaga pengajar dari Kolej Komuniti turut menyediakan slide untuk pelajar mendapat maklumat dengan lebih jelas.
3. Terdapat juga latihan dan tugasan yang diberikan untuk mengukuhkan kemahiran.
Gambar disini
_____________________________________________________________________________________________________________