Tarikh   : 29 November 2019

Masa     : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Peserta : 5 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
-Kelas ini bertujuan mengisi masa lapang kanak-kanak musim cuti sekolah
- memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada peserta untuk mencipta calendar menggunakan aplikasi yang mudah dan cepat.

 

Aktiviti
1. Petugas memberi penerangan tentang fungsi yang terdapat dalam MS Office Publisher. Selain calendar, Ms Office Publisher boleh digunakan untuk menghasilkan banner, kad ucapan, kad nama dan sebagainya.
2. Peserta diminta memilih canvas calendar. Kemudian mereka perlu menetapkan warna, font, bulan dan tahun sebelum mengedit calendar mereka.
3. Calendar yang tersedia dicantikkan dengan kreativiti masing-masing dengan memasukkan gambar, nama dan font yang sesuai.
4. Petugas mencetak calendar yang dihasilkan dan memberikannya kepada peserta.

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 28 November 2019

Masa     : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Peserta : 5 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
- Menguji kemahiran peserta menyelesaikan masalah dan focus kepada tugasan yang diberikan.

 

Aktiviti :
5. Petugas menerangkan syarat-syarat peertandingan supaya pertandingan berjalan dengan lancar. Peserta mengakses www.jigsawplanet.com dan memilih canvas yang telah ditetapkan oleh petugas.
6. Canvas yang digunakan adalah bertemakan bangunan sejarah Perancis. Canvas di pecahkan kepada 124 keping yang perlu dicantum oleh peserta.
7. Peserta boleh merujuk gambar asal yang terdapat pada laman pertandingan. Peserta yang terlebih dahulu siap akan dikira sebagai pemenang.

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 9 November 2019

Masa     : 9.30 pagi - 12.00 tengahari

Peserta : 8 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
- Memberi pengenalan kepada pelajar tentang teknik membuat bulatan dan bentuk menggunakan AP
- Menjana idea kreatif pelajar dalam mempelbagaikan kemahiran merekacipta

 

Aktiviti :
1. Pelajar mengakses Adobe Photoshop dan menyediakan canvas bersaiz A4 dengan resolution yang telah ditetapkan.
2. Melalui tool yang disediakan, pelajar membuat bulatan diatas lapisan/layer yang telah dicipta. Bulatan yang terhasil dimasukkan warna yang solid dan gradient
3. Pelajar dibenarkan membuat pelbagai bentuk mengikut kreativiti masing-masing

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 23 November 2019

Masa     : 3.00 petang - 5.00 petang

Peserta : 3 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Taklimat diadakan bertujuan memberi penerangan kepada komuniti tentang matlamat kerajaan menjadikan siaran tv dari analog kepada digital. Penerangan juga memfokuskan kepada kelebihan, pemasangan dan kos pemasangan yang diperlukan untuk mendapatkan siaran myfreeview

 

Aktiviti

1. Petugas memberi penerangan tentang tujuan pelaksanaan siaran tv myfreeview iaitu dari tv analog kepada siaran digital tanpa yuran bulanan.
2. Siaran tv yang akan dapat ditonton oleh komuniti juga dimaklumkan selain penambahan siaran dari masa ke masa.
3. Petugas juga menerangkan peralatan yang diperlukan seperti tv IDTV dan aerial UHF serta decoder DVB-T2. Peralatan ini perlu dibeli oleh komuniti di kedai elektrik atau di atas talian. Bagi penerima BSH 40, mereka mendapat decoder secara percuma.
4. Petugas turut memaklumkan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, komuniti boleh berhubung terus kepada www.myfreeview.tv

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 8 November 2019

Masa     : 4.00 petang - 6.00 petang

Peserta : 8 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

 

Tujuan :
- Memberi pengenalan kepada pelajar tentang peralatan utama computer iaitu tetikus.
- Memberi praktikal cara menggunakan tetikus dengan betul
- Memberi pengetahuan tentang fungsi yang terdapat pada tetikus.,

 

Aktiviti :

1. Petugas memberi penerangan tentang perkakasan computer dan fungsi setiap peralatan. Kelas kali ini memfokuskan cara menggunakan tetikus.
2. Petugas meminta semua pelajar memegang tetikus dengan betul. Setiap fungsi yang terdapat pada tetikus diterangkan.
3. Pelajar mengakses mouseprogram.com untuk mempraktis penggunaan tetikus.
4. Perkara yang ditekankan adalah
- Right and left clicking
- Single clicking
- Double clicking
- Dragging and dropping

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________________________________________