Tarikh : 27 Oktober 2019 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 4 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Meningkatkan kemahiran Matematik dengan bermain permainan atas talian
Aktiviti :
1. Peserta mengakses laman sesawang abcya.com dan memilih grade yang sesuai dengan umur peserta. Dalam laman sesawang ini, peserta boleh memilih jenis permainan yang menggunakan kemahiran, nombor, strategi dan mewarna.
2. Peserta memilih tab nombor. Dalam bahagian nombor, peserta boleh bermain pelbagai jenis permainan matematik yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
3. Peserta diberi masa bermain sehingga tamat tempoh permainan.
________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 27 Oktober 2019 Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi Peserta : 4 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Membantu meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dengan menggunakan Aplikasi English Central
Aktiviti :
1. Pelajar minta mengakses Aplikasi English Central melalui enjin google. Pelajar diminta menggunakan tab video. Untuk pelajar yang baru belajar bahasan inggeris, mereka
disarankan menggunakan tab 'beginner'.
2. Dalam bahagian ini, pelajar diminta menggunakan 'media' dan memilih video pertama. Video ini memaparkan cerita pendek dengan visual yang menarik. Pelajar diminta memahami
cerita berkenaan sebelum membuat aktivti seterusnya.
3. Kemudian, pelajar akan belajar perkataan yang menjadi diolog dalam cerita berkenaan. Pelajar perlu mengingati ejaan perkataan dan mengisi ruang kosong dengan ejaan yang betul.
4. Setiap perkataan akan diberi maksud atau kata yang sama supaya pelajar dapat menambah perbendaharaan kata.
5. Melalui aplikasi ini juga, pelajar akan memelajar menyebut perkataan dengan betul.
________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 24 Oktober 2019 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 6 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas diadakan bertujuan membantu peserta membiasakan diri dengan penggunaan komputer Selain itu, memberi peluang kepada perserta meningkatkan kemahiran IQ.
Aktiviti :
1. Petugas menerangkan cara menggunakan tetikus dengan betul
2. Peserta diminta melayari jigsowplanet.com untuk menyusus puzzle yang terdapat dalam laman web tersebut.
3. Peserta juga diberi beberapa tugasan lain dan perlu menyiapkan puzzle tersebut
________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 26 Oktober 2019 Masa : 3.00 petang -6.00 petang Peserta : 6 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas diadakan bertujuan membantu peserta membiasakan diri dengan penggunaan computer Selain itu, memberi peluang kepada perserta meningkatkan kemahiran iq.
Aktiviti
1. Peserta diminta mengakses Adobe Photoshop dan membuka canvas bersaiz A4. Saiz ini digunakan untuk mendapat mutu objek yang terbaik.
2. Peserta perlu mengikut langkah-langkah telah ditetapkan oleh petugas.
3. Untuk menghasilkan bintang yang benar-benar bersinar, mereka perlu mestikan tidak mengulang objek terlalu banyak.
________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 5 Oktober 2019 Masa : 7.30 pagi - 1.30 tengahari Peserta : 114 orang Tempat : Dewan Orang Ramai (Dewan Semai Bakti Felda Trolak Selatan) |
Tujuan :
- Melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan
- Eratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Mpkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat
- Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti :
1. Program bermula dengan pendaftran peserta aktiviti dan pengunjung. Aktiviti pertama yang dijalankan adalah Jalan 1000 Langkah bermula dari Dewan Semai Bakti, kawasan kedai, padang awam dan berakhir di dewan semula. Kemudian pengunjung berkumpul dalam dewan untuk mendengar Taklimat dari petugas Pusat Internet berkenaan Klik Dengan Bijak, Mobile e-Waste. Dalam taklimat ini, pengunjung didedahkan dengan lambakan e-sisa dan cara melupuskannya. Kemudian pengunjung disajikan dengan taklimat kesihatan dari Pegawai Kesihatan, Klinik Kesihatan Trolak Selatan. Doktor memberi penerangan tentang Penjagaan kesihatan dan Kebersihan diri dan Alam Sekitar. Setelah selesai kedua-dua penerangan, aktiviti Kuiz ICT menggunakan aplikasi Kahoot.it dijalankan. Soalan kuiz tersebut berkisarkan kempen Mobile e-Waste.
2. Seterusnya, 25 orang kanak-kanak yang berdaftar untuk aktiviti Berus Gigi Beramai-ramai memberus gigi dengan dibantu pegawai Pergigian dari Klinik Pergigian Sungkai. Pegawai tersebut menerangkan tentang kepentingan menjaga gigi dan memberus gigi menggunakan cara yang betul. Pertandingan Gubahan Ulam-ulaman bertemakan ulaman kampung dan Dekorasi Sandwish. Pertandingan mewarna kanak-kanak dan dewasa, pertandingan kolaj dan beyblade juga turut dijalankan.
3. Sepanjang program berlangsung, pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan Pemeriksaan gigi, derma darah, pemeriksaan kesihatan, rawatan urutan refleksologi, semakan dari KWSP dan pameran ubatan dari Farmasi Utama. Terdapat juga gerai jualan dari usahawan dan peniga Trolak Selatan. Antaranya jualan kek dari D’Trolak Bakeri, pakaian dari Yna Events dan Advertising, produk kecantikan Mary Kay, Tupperware Brand dan lain-lain.
4. Majlis diserikan dengan persembahan artis yang dijemput khas. Majlis penutup dimulakan dengan bacaan doa dari imam surau Ar-Rahmainah Trolak, Ucapan dari wakil JKKR Trolak Selatan serta penyampaian hadiah.
5. Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan Bersama Pusat Internet berlangsung mengikut perancangan dan berjalan dengan lancar. Pusat Internet Trolak Selatan mengharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada kominti.
________________________________________________________________________________________________________________