Tarikh : 2 Oktober 2019 Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari Peserta : 12 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
- Mempromosi Dashboard Komuniti sebagai aplikasi yang perlu digunakan di kalangan komuniti.
- Memuat naik produk ke Myshop
Aktiviti :
1. Petugas menerangankan tujuan kelas diadakan iaitu sempena Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan Bersama Pusat Internet yang akan berlangsung pada 5 Oktober 2019
2. Peserta yang terdiri dari peniaga kecik mengakses dashboard.pi1m.com.my dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan masing-masing. Kemudian peserta mengemas kini maklumat peribadi seperti no telefon dan emel.
3. Kemudian peserta memuat naik produk masing-masing ke dalam Myshop dan admin akan mengesahkan produk tersebut.
________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 2 Oktober 2019 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 12 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
- Mempromosi Dashboard Komuniti sebagai aplikasi yang perlu digunakan di kalangan komuniti.
- Memuat naik pengumuman di My komuniti.
Aktiviti :
1. Petugas menerangankan tujuan kelas diadakan iaitu sempena Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan Bersama Pusat Internet yang akan berlangsung pada 5 Oktober 2019
2. Peserta yang terdiri dari peniaga kecik mengakses dashboard.pi1m.com.my dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan masing-masing. Kemudian memuat naik pengumuman di My Komuniti.
3. Kemudian peserta memuat naik pengumuman ke dalam my komuniti. Peserta juga melayari ke my place, dan my soal.
________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 24 & 25 September 2019 Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi Peserta : 42 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
- Meningkatkan kebolehan pelajar menggunakan tetikus
- Meningkatkan kemahiran membezakan warna dan penggunaan warna yang betul
- Membantu menambah pengetahuan tentang buah-buahan
Aktiviti :
1. Sebelum aktiviti berlangsung, petugas memberi penerangan tentang asas komputer seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Petugas juga menunjuk cara memegang tetikus dengan betul dan cara menggunakannya.
2. Kanak-kanak mula mewarna karaktor yang diberikan menggunakan aplikasi coloringpages.com. Aplikasi ini menyediakan pelbagai jenis pembelajaran yang mudah dan menarik kepada kanak-kanak. Pelbagai karaktor yang sesuai dengan pelbagai tema boleh digunakan.
________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 29 September 2019 Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari Peserta : 14 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
1. Berkongsi maklumat cara memilih telefon yang sesuai mengikut kegunaan
2. Mendapatkan maklumat tentang perihal aplikasi, kapasiti dan penggunaannya.
3. Memahami cara asas membaiki telefon
Aktiviti :
1. Tenaga pengajar bengkel ini adalah Encik Mohamad Shahir iaitu seorang belia Felda Trolak Selatan yang mengusahakan perniagaan Kedai Membaiki Telefon.
2. Bengkel dimulakan dengan sesi pengenalan jenis-jenis telefon yang dijual di Malaysia. Beliau menerangkan tentang setiap kelebihan dan kekurangan tetefon tersebut. Beliau juga menyarankan supaya menggunakan yang sesuai mengikut keperluan.
3. Beliau menunjukkan kompenen-kompenen penting dalam telefon yang mungkin boleh ditukar atau dibaiki dan mencadangkan supaya mendapatkan khidmat yang betul untuk membaiki telefon.
4. Selain itu, Encik Shahir juga menerangkan peralatan yang digunakan dan membuat demonstrasi membaiki telefon.
5. Bengkel berakhir dengan sesi soal jawab.
________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 22 September 2019 Masa : 3.00 petang - 6.00 petang Peserta : 6 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Memperkenal teknik menukar gambar atau imej kepada vector hitam putih dan melaras vector menggikut kesesuaian.
Aktiviti :
1. Peserta menggunakan Adobe Illustrator untuk menghasilkan gambar yang diinginkan.
2. Peserta perlu mencari imej bertemakan kartun di google image. Saiz gambar yang digunakan akan mempengaruhi hasil trace image .
3. Imej dibuka di AI dan perlu dilaras atas canvas. Peserta perlu menggunakan tab image trace untuk mendapatkan hasil. Imej yang telah selesai di trace disimpan.
________________________________________________________________________________________________________________