Tarikh : 13 September 2019 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 28 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
- Memperkenalkan SKMM dan peranannya serta undang-undang yang berkaitan dengan jenayah siber
- Menyebarkan kesedaran tentang 'online groomming' yang semakin menular di negara kita
Aktiviti :
1. Majlis bacaan yassin dimulakan dengan tazkirah kelebihan membaca Surah Yassin dan diakhiri dengan tahlil ringkas dan doa serta selawat nabi.
2. Pengunjung menonton video online groomming yang menceritakan bagaimana perhubungan terjalin antara mangsa dan pemangsa.
3. Petugas memberi beberapa penerangan bekenaan ciri-ciri dan taktik yang digunakan oleh penjenayah.
4. Petugas juga menerangkan peranan yang perlu dimainkan oleh ibubapa, sekolah dan komuniti untuk menangani masalah sosial ini.
_________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 11 September 2019 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 1 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
- Mencipta risalah borang tempahan perniagaan menggunakan MS Office Word
Aktiviti :
1. Petugas memberi penerangan cara menggunakan MS Office Word.
2. Peserta menaip maklumat yang diperlukan dalam muka surat. Peserta menggunakan pelbagai tool seperti saiz dan jenis font, paragrhap, dan lain-lain
3. Peserta memasukkan gambar yang diambil dari google image menggunakan tab insert picture. Petugas turut memberi tunjuk ajar untuk menjadikan
gambar lebih tersusan dan mudah dialihkan.
_________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 29 Ogos 2019 Masa : 2.30 petang - 5.00 petang Peserta : 80 orang Tempat : Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang |
Tujuan :
- Memperkenalkan SKMM dan peranannya serta undang-undang yang berkaitan dengan jenayah siber
- Menyebarkan kesedaran tentang masalah buli di media sosial dan ketagihan internet di kalangan kanak-kanak.
- Memberi solusi yang terbaik untuk mengatasi masalah dan jenayah di media sosial.
Aktiviti :
1. Penerangan adalah berkaitan dengan peranan dan jenayah siber yang ditangani oleh SKMM. Selain itu, penjelasan tentang undang-undang yang
dikawal selia, hukuman dan agensi yang terlibat dalam menyelesaikan masalah jenayah siber juga diterangkan.
2. Peserta juga mendapat pendedahan tentang buli siber seperti mengenali mangsa dan pemangsa, cara yang sering digunakan untuk membuli dan
cara mengatasi serta mengelak dari masalah buli. Peserta menonton beberapa video yang berkaitan dengan jenayah siber.
3. Selain itu, petugas juga menerangkan tentang 'online grooming' yang sering berlaku dikalangan remaja. Masalah ini adalah serius dan perlu ditangani
dengan teknik yang betul supaya mangsa tidak terus terpedaya dengan pemangsa.
4. Petugas juga menerangkan tentang ketagihan internet yang boleh menyebabkan masalah kesihatan dan sosial. Peserta diberikan beberapa contoh
kajian berkaitan dengan ketagihan internet.
5. Di akhir sesi soal jawab, semua peserta dijemput untk bermain kuiz online Kahoot.com dengan menjawab soalan berdasarkan penerangan yang
telah berlangsung.
_________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 4 - 6 September 2019 Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang Peserta : 85 orang Tempat : UITM Cawangan Tapah |
Tujuan :
- Memperkenalkan SKMM dan peranannya serta undang-undang yang berkaitan dengan jenayah siber
- Menyebarkan kesedaran tentang masalah buli di media sosial dan ketagihan internet di kalangan kanak-kanak.
- Memberi solusi yang terbaik untuk mengatasi masalah dan jenayah di media sosial.
Aktiviti :
1. Penerangan adalah berkaitan dengan peranan dan jenayah siber yang ditangani oleh SKMM. Selain itu, penjelasan tentang undang-undang yang
dikawal selia, hukuman dan agensi yang terlibat dalam menyelesaikan masalah jenayah siber juga diterangkan.
2. Peserta juga mendapat pendedahan tentang buli siber seperti mengenali mangsa dan pemangsa, cara yang sering digunakan untuk membuli dan
cara mengatasi serta mengelak dari masalah buli. Peserta menonton beberapa video yang berkaitan dengan jenayah siber.
3. Selain itu, petugas juga menerangkan tentang 'online grooming' yang sering berlaku dikalangan remaja. Masalah ini adalah serius dan perlu ditangani
dengan teknik yang betul supaya mangsa tidak terus terpedaya dengan pemangsa.
4. Petugas juga menerangkan tentang ketagihan internet yang boleh menyebabkan masalah kesihatan dan sosial. Peserta diberikan beberapa contoh
kajian berkaitan dengan ketagihan internet.
_________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 25 Ogos 2019 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 13 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Aktiviti ini dapat membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran matematik dan sains. Mereka juga dapat bersaing dengan rakan secara sihat dan menyeronokan.
Aktiviti :
1. Peserta bermain kuiz untuk menjawab soalan yang berkatian dengan sains dan matematik. Aplikasi yang digunakan adalah Quizzs.
3. Peserta perlu memasukkan no cade yang tertera pada pc domian. Setelah semua peserta dapat mengakses permainan ini, soalan kuiz bermula.
4. Peserta perlu memilih jawaban yang betol. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan dikira pemenang.
__________________________________________________________________________________________________________________