Tarikh : 25 Ogos 2019
Masa : 9.30 pagi - 10.00 pagi
Peserta : 13 orang
Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan
|
Tujuan :
- Mempromosi Dashboard Komuniti sebagai aplikasi yang perlu digunakan di kalangan komuniti.
- Memuat naik pengumuman di My komuniti.
Aktivti :
1. Petugas menerangankan tujuan kelas diadakan adalah untuk menggunakan aplikasi DK. Peserta mengakses dashboard.pi1m.com.my dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan masing-masing. Kemudian memuat naik pengumuman di My Komuniti.
3. Kemudian peserta melayari dan menjelajah produk di My shop.
4. Peserta diberi masa untuk melayari DK dan berkongsi pendapat mengenainya.
5. Setiap peserta menerima cenderahati dari petugas kerana menyertai program ini.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 24 Ogos 2019 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Peserta : 6 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan : - Menyemarakkan semangat kemerdekaan dikalangan pelajar
- Meningkatkan pengetahuan am tentang sejarah Malaysia
Aktiviti :
1. Tayangan filem kemerdekaan berlangsung selama 30 minit. Pelajar diminta memahami dan mengingti tarikh tarikh penting dalam tayangan tersebut.
2. Pelajar mengakses aplikasi Quizizz dengan memasukkan no pin dari pc admin. Pelajar menjawab soalan yang disedakan berdasarkan video yang telah ditonton.
3. Pelajar bersaing menjawab soalan dan markah penuh direkod sebagai pemenang.
____________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 13 Ogos 2019 Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari Peserta : 6 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
- Mengajar peserta memcipta video animasi menggunakan MS Office Power Point.
Aktiviti :
1. Petugas menerangkan beberapa tool yang akan digunakan sepanjang menghasilkan animasi ini.
2. Peserta membuka MS Office Power Point. Kemudian memilih layout blank supaya mudah untuk menyunting. Peserta memasukkan 'background color' yang bersesuian.
3. Seterusnya peserta diajar memasukkan objek melalui clip art. objek yang dipilih perlulah dalam format png supaya gambar mudah untuk disusun. Antara objek yang disarankan adalah kereta, bangunan, rumah, pokok dan burung. Petugas juga mengajar cara memasukkan bentuk untuk menghasilkan imej jalan raya.
4. Bagi menghasilkan pergerakkan, setiap objek perlu ditetapkan animasi dan peserta diminta menetapkan animasi arc kepada objek dalam slide. Peserta menyusun objek supaya pergerakkan
menjadi sekata.
4. Hasil animasi disimpan dalam bentuk powerpoint dan wmv.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 14 Ogos 2019 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Peserta : 4 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan : Mengajar peserta menggunakan aplikasi Paint untuk melukis karikatur.
Aktiviti :
1. Aplikasi paint adalah aplikasi yang mudah untuk digunakan bagi melukis, membuat objek, mewarna dan menulis teks. Peserta diberi pendedahan tentang aplikasi ini.
Petugas memberi penerangan tentang tool yang terdapat dalam tab home dan view. Selain itu, petugas juga memberi contoh penggunaan setiap tool yang disediakan.
2. Peserta diberi gambar kartun Doraemon dari google.image untuk dijadikan panduan. Bentuk-bentuk berkaitan dimasukkan untuk membentuk doraemon.
3. Setelah siap dibentuk, kartur tersebut diwarna menggunakan brush yang boleh ditukar warna mengikut kesesuaian.
4. Hasil dari aktivti ini dicetak oleh pelajar.
___________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 12 Ogos 2019 Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari Peserta : 4 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
- Memberi pendedahan kepada peserta untuk mengenali komputer
- Membantu peserta meningkatkan pengetahuan tentang cara menggunakan MS Office Word
Aktiviti :
1. Petugas memberi pengenalan tentang fungsi perkakasan komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus dan pcu serta cara menggunakanya. Petugas juga menerangkan perkara-perkara yang terdapat pada desktop.
2. Peserta diminta mengenali huruf dan askara yang terdapat pada papan kekunci. Petugas memberi penerangan tentang fungsi beberapa icon pada papan kekunci seperti 'enter', 'spacebar' 'delete' dan lain-lain
3. Kemudian peserta diberi latihan untuk memahirkan tangan menaip huruf mengikut contoh yang diberikan. Peserta juga diberi tugasan menaip askara menggunakan 'shift'. Dalam aktiviti ini, petugas mengadakan pertandingan bagi mencari peserta yang dapat menaip dengan pantas.
4. Aktivti beralih kepada MS Office Word. Petugas memberi penerangan tentang fungsi dan beberapa tool yang akan digunankan. Peserta diajar menaip perkataan, menukar jenis, saiz dan warna font. Peserta juga diajar cara menggunankan centre text, memasukkan dan mengecilkan gambar melalui clip art.
5. Hasil aktiviti disimpan kedalam folder masing-masing.
_____________________________________________________________________________