Tarikh   : 10 Ogos 2019

Masa     : 9.00 pagi - 10.00 pagi

Peserta : 7 Orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Aktiviti ini dapat membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran matematik dan sains. Mereka juga dapat bersaing dengan rakan secara sihat dan menyeronokan.

 

Aktiviti :
1. Peserta bermain kuiz untuk menjawab soalan yang berkatian dengan sains dan matematik. Aplikasi yang digunakan adalah Quizzs.
3. Peserta perlu memasukkan no cade yang tertera pada pc domian. Setelah semua peserta dapat mengakses permainan ini, soalan kuiz bermula.
4. Peserta perlu memilih jawaban yang betol. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan dikira pemenang.

 

Gambar di sini

_____________________________________________________________________________

Tarikh   : 8 Ogos 2019

Masa     : 3.00 petang - 5.00 petang

Peserta : 7 Orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Membantu meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dengan menggunakan Aplikasi English Central

 

 

Aktiviti :
1. Pelajar minta mengakses Aplikasi English Central melalui enjin google. Pelajar diminta menggunakan tab video. Untuk pelajar yang baru belajar bahasan inggeris, mereka disarankan menggunakan tab 'beginner'.
2. Dalam bahagian ini, pelajar diminta menggunakan 'media' dan memilih video pertama. Video ini memaparkan cerita pendek dengan visual yang menarik. Pelajar diminta memahami cerita berkenaan sebelum membuat aktivti seterusnya.
3. Kemudian, pelajar akan belajar perkataan yang menjadi diolog dalam cerita berkenaan. Pelajar perlu mengingati ejaan perkataan dan mengisi ruang kosong dengan ejaan yang betul.
4. Setiap perkataan akan diberi maksud atau kata yang sama supaya pelajar dapat menambah perbendaharaan kata.
5. Melalui aplikasi ini juga, pelajar akan memelajar menyebut perkataan dengan betul.

 

Gambar di sini

_____________________________________________________________________________

Tarikh   : 31 Julai 2019

Masa     : 8.00 pagi - 9.00 pagi

Peserta : 80 Orang

Tempat : Sekolah Kebangsaan Trolak Timur

 

Tujuan :
- Menerangkan komputer dan teknologi yang terdapat pada masal lalu dan kini
- Menyebarkan kesedaran tentang masalah buli di media sosial dan ketagihan internet di kalangan kanak-kanak.
- Memberi solusi yang terbaik untuk mengatasi masalah dan jenayah di media sosial.

 

Aktiviti :
1. Peserta adalah dari kalangan kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun. Penerangan adalah berkaitan komputer dan teknologi, masalah buli di kalangan remaja dan kanak-kanak serta perkara yang menyebabkan ketagihan kepada komputer dan internet.
2. Peserta juga diberikan contoh kes yang telah terjadi Malaysia dan di luar negara. untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam, video berkaitan masalah yang bincangkan ditayang dan sesi soal jawab dilakukan.
3. Antara penekanan yang dibuat dalam advokasi ini adalah:
- Sejarah perkembangan internet dan penggunaannya di Malaysia
- penggunaan teknologi pada masa kini dan akan datang.
- Risiko penggunaan internet yang tidak dikawal
- Maksud, perbezaan dan persamaan buli siber
- Mengenali pembuli dan bahasa yang digunakan serta contoh kes buli
- Tips pencegahan jika berlaku buli.
- Maksud ketagihan dan jenis-jenis ketagihan komputer dan internet
- Tips mengatasi masalah ketagihan
- Maksud dan kesan oversharing serta tips menggunakan privasi di media sosial.

 

Gambar di sini

_____________________________________________________________________________

Tarikh   : 4 Ogos 2019

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Peserta : 7 Orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada pelajar untuk mencipta jadual dan mengisi data menggunakan MS Office Word

 

Aktiviti :
1. Peserta membuka aplikasi MS Office Word dan petugas menerangkan secara ringkas tentang kepentingannya.
2. Petugas juga memberi penerangan dan contoh menggunakan 'tool' yang terdapat dalam "tab' tertentu seperti 'clipboard', 'font' dan 'paragraph'
3. Petugas memulakan dengan menunjukkan cara memasukkan 'colum' dan 'row' mengikut sample yang disediakan. Peserta membuat jadual seperti yang ditunjukkan.
4. Peserta juga diajar cara 'merge cell', 'slipts cell', 'delete' dan 'insert' sel. Data dimasukkan ke dalam jadual yang telah siap dibina.
5. Petugas mengajar peserta "centre' text dalam jadual. Kemudian hasil dari kelas ini disimpan ke dalam folder masing-masing.

 

Gambar di sini

_____________________________________________________________________________

Tarikh   : 24 Julai 2019

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Peserta : 15 Orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

- Meningkatkan kebolehan pelajar menggunakan tetikus
- Meningkatkan kemahiran membezakan warna dan penggunaan warna yang betul
- Membantu menambah pengetahuan tentang haiwan, tumbuhan dan persekitaran

 

Aktiviti :
1. Sebelum aktiviti berlangsung, petugas memberi penerangan tentang asas komputer seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Petugas juga menunjuk cara memegang tetikus dengan betul dan cara menggunakannya.
2. Kanak-kanak mula mewarna karaktor yang diberikan menggunakan aplikasi Hellokids.com. Aplikasi ini menyediakan pelbagai jenis pembelajaran yang mudah dan menarik kepada kanak-kanak. Pelbagai karaktor yang sesuai dengan pelbagai tema boleh digunakan.

 

Gambar di sini

_____________________________________________________________________________