Tarikh : 20 & 21 Februari 2019 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 36 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Memperkenalkan computer dan pusat internet kepada kanak-kanak tabika. Kelas ini membantu pelajar mengenali computer dan memegang tetikus dengan betul.
Aktiviti :
1. Kanak-kanak Tabika menonton beberapa tayangan video seperti Omar dan Hana, cerita teladan dan ABC.
2. Bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak dengan ABC petugas membuat beberapa soal jawab dan setiap jawapan perlu diberikan dihadapan kanak-kanak lain.
3. Kanak-kanak diajar memegang tetikus dengan betul. Kemudian setiap kanak-kanak diberi pc masing-masing.
4. Mereka melayari lamanweb abcya.com. mereka diberi tugasan menyelesaikan permainan atas talian iaitu mencantum objek dan menyebut objek tersebut.
5. Setelah selesai permainan pertama, kanak-kanak bermain permainan yang berkaitan dengan papan kekunci dan diminta mengetik huruf yang dipaparkan pada minitor.
_______________________________________________________________________________________
Tarikh : 17 Februari 2019 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 2 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Membuat permohonan baru dan mengemaskini Bantuan Sara Hidup 2019
Aktiviti :
1. Pelanggan diingatkan untuk menyediakan dokumen seperti kad pengenalan pasangan, tanggungan dan sijil perkahwinan atau perceraian. Nombor telefon yang telah diaktifkan juga perlu dibawa untuk mendapatkan ni TAC bagi memudahkan proses pendaftaran.
2. Pelanggan perlu memohon No TAC dan memasukkan kod yang dihantar menggunakan pekhidmatan pesanan ringkas. Setelah itu, pelanggan perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti alamat, nombor telefon, pendapatan tarikh nikah dan pasangan.
3. pelanggan juga diminta mengisi maklumat tanggungan dan perlu memuat naik semua dokumen yang berkaintan. Selain itu no akaun isteri/pemohon dan waris pemohon jugak perlu diisi.
4. Langkah terakhir adalah mengesahan dan menghantar permohonan.
__________________________________________________________________________________
Tarikh : 10 Februari 2019 Masa : 10.00 pagi - 12.30 pagi Peserta : 1 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Membuat pembentangan menggunakam MS Office Power Point
Aktiviti :
- 1. Peserta membuka MS Power Point dan memilih tema yang sesuai. Peserta juga memilih layout yang berkaitan dengan maklumat pembentangan.
- 2. Peserta memasukkan makluman yang telah dikumpulkan dan dirangka.
- bagi mencantikkan pembentangan, font dan imej juga memainkan peranan yang penting. Imej diambil dari google.image dan diletakkan pada slide yang sesuai.
- 3. Selain itu peserta juga memasukkan jadual yang diambil dari insert dan table.
- 4. Bagi mencantikkan pembentangan, peserta memasukkan transisi dan animasi bagi setiap slide dan objek.
- 5. Hasil kerja disimpan dalam pendrive untuk digunakan pada hari pembentangan tugasan sekolah.
__________________________________________________________________________________
Tarikh : 14 Februari 2019 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 1 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Menjalankan aktiviti ulangkaji dan menjawab soalan sains tingkatan 3
Aktiviti :
1. Pelajar mengulangkaji matapelajaran Sains iaitu Tindak balas Tumbuhan menggunakan buku tesk. kemudian pelajar menonton beberapa video yang berkaitan dengan tindak balas tumbuhan.
2. Kemudian pelajar menjawab beberapa soalan kuiz online.
3. Pelajar juga menjawab soalan ulangkaji yang telah disediakan dalam buku latihan.
_________________________________________________________________________________
Tarikh : 7 Februari 2019 Masa : 10.00 pagi - 12.30 pagi Peserta : 1 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Mencipta kad aturcara majlis untuk program sekolah menggunakan microsoft office publisher.
Aktiviti :
- 1. Peserta membuka MS Publsiher dan memilih lembaran kerja yang sesuai termasuk saiz, jenis lipatan dan ton warna yang dikehendaki
- 2. Kemudian, ataurcara majlis yang telah dirangka ditaip di atas lembaran yang telah dipilih. Peserta menukar saiz font, jenis dan warna yang dikehendaki.
- 3. Bagi mencantikan buku aturcara majlis itu, sempadan berimej (border) dimasukkan. Peserta perlu mencari di border yang sesuai di Google.image dan cantik serta saiz yang sederhana untuk dimasukkan dalam MS Publisher.
- 4. Peserta juga memasukkan beberapa imej yang diambil dari google.image.
- 5. Buku atucara majlis yang telah siap dicetak untuk digunakan
__________________________________________________________________________________