Tarikh : 12 Januari 2019 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 3 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Meningkatkan kemahiran Matematik dengan bermain permainan atas talian terutamanya dalam mengenal bulan, minggu dan hari.
Aktiviti :
1. Peserta mengakses laman sesawang abcya.com dan memilih grade yang sesuai dengan umur peserta. Dalam laman sesawang ini, peserta boleh memilih jenis permainan yang menggunakan kemahiran, nombor, strategi dan mewarna.
2. Peserta memilih tab tahunan. Dalam bahagian tahunan, peserta boleh bermain pelbagai jenis permainan matematik yang melibatkan kemahiran mengenal hari dan bulan.
3. Peserta diberi masa bermain sehingga tamat tempoh permainan.
____________________________________________________________________________________
Tarikh : 10 Januari 2019 Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari Peserta : 12 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Program diadakan untuk menyemak tahap kesihatan komuniti dan memudahka komuniti merujuk kepada klinik berdekatan.
Aktiviti :
1. Pendaftaran bermula sekitar 9.00 pagi. Setiap peserta akan ditanya sejarah kesihatan masing-masing.
2. Kemudian ketinggian, berat dan lilit pinggang peserta direkod.
3. Petugas juga mengambil tekanan darah dan menyemak kandungan gula dalam darah menggunakan alat Myhealth dan KOSPEN yang disediakan. Segala maklumat peserta disimpan dalam aplikasi Dashboard Komuniti Myhealth.
4. Petugas juga memberi penerangan bacaan yang sihat untuk tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan BMI kepada setiap peserta. Peserta juga dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk mendapat memeriksaan lanjut.
_____________________________________________________________________________________
Tarikh : 22 Disember 2018 Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari Peserta : 156 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Jom Sihat Bersama Komuniti bertujuan memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat dann mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti :
1. Aktivti bermula pada pukul 8.00 pagi dengan senamrobik di Padang Awam Felda Trolak Selatan. Senamrobik di ketuai oleh Encik Jaafar Ahmah, bekas Jurulatih PLKN. Senamrobik di sertai lebih kurang 50 orang warga Felda Trolak Selatan.
2. Pendaftaran dibuka pada jam 8.30 pagi di Pusat Internet(PI). 50 orang pengunjung pertama mendapat cenderahati dari PI. Pendaftaran aktiviti lain seperti Lawan Makan Salad, Berus Gigi Beramai-ramai dan Bento Makanan Sihat.
3. Agensi lain yang terlibat adalah Tabung Darah Negara Hospital Slim River, Klinik Pergigian Sungkai dan Irfan Optomertrist. Menurut Tabung Darah Negara, mereka berjaya mengumpul 24 pek darah dalam program ini. Pengunjung boleh membuat pemeriksaan gigi dan mata secara percuma.
4. Selain itu, kanak-kanak tahap 1, boleh menyertai berus gigi beramai-ramai. Mereka diberi cawan dan berus gigi. Sebelum melakukan aktiviti tersebut, doktor dari Klinik Pergigian Sungkai memberi penerangan cara memberus dengan betul. Mereka juga diberi penerangan tentang gigi dan fungsinya.
5. beberapa orang pengunjung menyertai My Place dan My Komuniti. Petugas menerangkan tentang Dashboard serta cara menggunakannya.
6. Penutup aktiviti adalah penyampaian hadiah, cabutan bertuah dan ucapan dari Puan Hawaniah Korik, Pengerusi GPW Felda Trolak Selatan.
_______________________________________________________________________________________
Tarikh : 26 Disember 2018 Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengahari Peserta : 11 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan:
Menambah pengetahuan dan kemahiran mendekorasi kek cawan
\Aktiviti:
1. Peserta dapat menambah pengetahuan bahan yang digunakan untuk menghasilkan kek dan hiasan kek
2. Peserta boleh mengetahui peralatan yang digunakan untuk menghias kek
3. Peserta dapat mempelajari teknik yang digunakan untuk membuat hiasan yang menarik dan betul pada kek.
4. Peserta merasai sendiri cara membuat hiasan dekorasi kek
______________________________________________________________________________________
Tarikh : 19 Disember 2018 Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari Peserta : 10 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas diadakan untuk mempraktik cara menanda lokasi menarik di sekitar Felda Trolak Selatan dan memasukkan pengumuman.
Aktiviti :
1. Peserta mengakses dashboard.pi1m.my menggunakan no kad pengenalan dan password masing-masing.
2. Petugas menerangkan serba sedikit modul yang terdapat dalam DK.
3. Peserta memasukkan pengumuman baru dalam DK my komuniti.
4. Kemudian mereka memasukkan lokasi-lokasi menarik yang terdapat di Felda Trolak Selatan. petugas juga meminta mereka menanda klinik yang terdapat di daerah Batang Padang.
__________________________________________________________________________________________