Events Calendar

Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak
Thursday, September 01, 2016, 08:00am
To Wednesday, November 30, 2016
Hits : 1404

Rakan-rakan sekalian! Jom berdakwah menerusi karya grafik, menang atau kalah InsyaAllah pasti ada juga ganjaran. Serlahkan kreativiti anda melalui Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016. Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 September 2016 sehingga 30 November 2016. Hadiah utama berjumlah RM 5,000.00 menanti anda! Pertandingan poster ini adalah berdasarkan tema yang ditetapkan seperti berikut:
Tema 1: Sabar Sebelum Sebar (Perkongsian Maklumat Palsu) 
(1 Sept – 15 Sept) 
Tema 2: Mana Adab? (Penggunaan Berhemah) (16 Sept – 30 Sept)
Tema 3: Syurga Ekspress? (Extremism) (1 Okt – 15 Okt)
Tema 4: Permata Hatiku (Pelindungan Kanak-Kanak di Atas Talian)
(16 Okt – 30 Okt)
Tema 5: Antara Pahala dan Dosa (Perkongsian Maklumat) (31 Okt – 14 Nov)
Tema 6: Menjauhkan yang Dekat (Ketagihan Internet) (15 Nov – 29 Nov)