DIGITAL LITERACY

NAMA         : MOHAMAD FIRDAUS BIN ALIAS

UMUR         : 26 TAHUN

KEAHLIAN : FEBRUARI 2018

 

Latar belakang

Firdaus merupakan anak jati Felda Trolak Selatan yang telah kematian ibu bapa. Beliau telah dipertanjungjawabkan oleh adik beradik yang lain untuk tinggal di Felda Trolak selatan untuk menjaga lading dan rumah. Walaupun mempunyai pendapatan hasil lading kelapa sawit, Firdaus tetap mencari pendapatan lebih untuk menampung kehidupan. Beliau sering ke Pusat Internet untuk menambah pengetahuan mengenai ilmu computer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas Adobe Photoshop, beliau hanya boleh menggunakan beberapa tool yang didsediakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau semakin mahir menggunakan computer dan lebih berkeyakinan untuk mencipta rekaan

 

KEUSAHAWANAN

NAMA         : YUSNIZA BINTI MOHD YUSOF

UMUR         : 47 TAHUN

KEAHLIAN  : 2014

 

Latar belakang

Perniagaan Ayam Pasu mula bertapak di Felda Trolak Selatan sejak 2008. Bermula dengan 1 kedai makan, kini Ayam Pasu sudah mempunyai cawangan di Kuala Kangsar dan akan di buka di Kuala Lumpur. Perniagaan Ayam dimiliki oleh pasangan suami isteri iaitu Pn Yusniza 42 tahun dan En Hasan.

Menurut Pn Yusniza, idea ayam pasu ini bermula apabila beliau sekeluarga sering pergi berkelah dan membawa juadah ayam yang diperap dengan madu, serai, lengkuas dan beberapa herba lain serta dibakar di tapak perkelahan. Resepi ini kemudiannya di jual di gerai makan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Permintaan yang tinggi membuatkan beliau membuka perniagaan di bazar ramadhan dan cawangan di Kuala Kangsar.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 3000-RM3500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Selatan beliau kini telah memiliki page sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. RM 9000 – RM 10000

 

KEUSAHAWANAN

NAMA         : ROSLMAWATI BINTI ABDUL HAMID

UMUR         : 49 TAHUN

KEAHLIAN  : 3 DISEMBER 2010

 

Latar belakang

Rosmawati Abdul Hamid adalah pengusaha Makanan Frozen Kuih Belimbing. Ibu kepada 3 orang anak ini adalah anak jati Felda Trolak Selatan. Beliau menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan namun kuih Belimbing Frozen mendapat sambutan di kawasan Felda Trolak Selatan. Selain jualan langsung dari rumah, beliau turut memasarkan produk beliau di kedai-kedai dan yang terbaru di laman social.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 500-600 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Selatan beliau kini telah memasarkan dalam dashboard My Shop yang dapat mempromosikan produk beliau. Beliau juga mempromosi produk beliau di Facebook ArgoBazar.. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 800- RM1000

 

LITERACY ICT

NAMA         : JUMADI BIN  RAMBLI

UMUR         : 49 TAHUN

KEAHLIAN  : 22 NOVEMBER 2016

 

Latar belakang

Encik Jumadi adalah generasi kedua Felda Trolak Selatan adalah pengunjung tetap PI1M. Beliau bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Sekolah  Kebangsaan Trolak Selatan dan mengambil upah kerja-kerja am seperti memesin rumput dan lain-lain.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengertai PI1M, beliau tidak mempunyai kemahiran menggunakan komputer

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sekarang beliau sudah mahir menggunakan MS Office Word dan beberapa aplikasi internet seperti youtube dan google chrom. Malah beliau sudah mempunyai akaun gmailnya sendiri dan beliau juga sudah pandai bagaimana mahu menghantar email kepada orang lain.

 

KEUSAHAWANAN

NAMA         : SALMA BINTI HASHIM

UMUR         : 55 TAHUN

KEAHLIAN : 215 MAC 2015

 

Latar belakang

Puan Salma adalah ibu tunggal kepada 8 orang anak. Beliau memulakan perniagaan menjahit pakaian sejak 20 tahun lalu. Kini beliau telah mempunyai bilik khas untuk menjahit. Beliau seorang wanita yang aktif memperjuangkan nasib peniaga wanita lain dan sering menyertai pelbagai seminar keusahawanan. Beliau diberi kepercayaan sebagai ketua dalam Amanah Ihktiar Cawangan Felda Trolak Selatan. Selain menjahit tempahan pakaian, Beliau turut menjual barangan online di Agro Bazar Online.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Menerima tempahan sekitar Felda Trolak Selatan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Tempahan dari luar Felda Trolak Selatan semakin meningkat.