LITERACY ICT
NAMA : SABRI BIN SAMAD UMUR : 31 TAHUN KEAHLIAN : 8 DISEMBER 2010 |
Latar belakang
Sabri bin Samad adalah generasi kedua Felda Trolak Selatan adalah pengunjung tetap PI1M. Beliau bekerja sendiri dan mengambil upah kerja-kerja am seperti memesin rumput dan lain-lain.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum mengertai PI1M, beliau tidak mempunyai kemahiran menggunakan komputer
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sekarang beliau sudah mahir menggunakan MS Office Word dan beberapa aplikasi internet seperti youtube dan google chrome
KEUSAHAWANAN
NAMA : ROSLIAH BINTI IBRAHIM UMUR : 48 TAHUN KEAHLIAN : 23 APRIL 2014 |
Latar belakang
Puan Rosliah menyelia PDK bermula pada tahun 2000. PDK adalah pusat pemulihan kepada warga OKU sekitar gugusan Trolak. Bagi meneruskan kelangsungkan PDK, Pun Rosliah membuka perniagaan Kraftangan dengan menghasilkan pelbagai jenis kraftangan dan memasarkan produk mengikut tempahan, carnival dan orang perseorangan. Kemudian beliau membuka perniagaan penghasil makanan makanan ringan berasaskan ubi kayu dan pisang dengan menggunakan jenama Oishii Frita yang kini mendapat sambutan di seluruh negara.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 2000-RM3000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 2000-2500 pek Oishii Frita
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Selatan beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Beliau juga mempromosi produk beliau di Facebook ArgoBazar.. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM4000.
KEUSAHAWANAN
NAMA : NORHASANAH BINTI HARUN UMUR : 31 TAHUN KEAHLIAN : 2016 |
Latar belakang
Norhasanah merupakan lepasan Garduan dari UUM. Beliau sekarang bekerja sebagai kerani Tadbir di Pejabat Pengurusan Felda sementara menunggu dan mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Di samping bekerja, beliau juga aktif menjual kain pasang dan pakaian ni media social Facebook dan Instagram.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan ICT terutamanya untuk jualan, Hasannah hanya mempromosikan produknya secara mulut ke mulut sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, jualan beliau semakin berkembang dan mendapat perhatian ramai. Beliau juga kini lebih berkeyakinan untuk berniaga secara atas talian.
KEUSAHAWANAN
NAMA : NOR AZIZAN BINTI MD DAUD UMUR : 41 TAHUN KEAHLIAN : 2014 |
Latar belakang
Puan Azizan adalah petugas Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) dan seorang ibu kapad 4 cahaya mata. Selain bertugas sebagai sukarelawan, beliau juga menjahit pakaian dan menjual makanan seperti kuih muih dan makanan segera. Beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan yang menempah makanan darinya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau tiada pendapatan sampingan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Perniagaan lebih berkembang maju dengan penyebaran maklumat pertandingan melalui Aplikasi WhatApps dan Facebook
DIGITAL LITERACY
NAMA : NUR FATHIHA IRDINA UMUR : 17 TAHUN KEAHLIAN : 7 SEPTEMBDER 2015 |
Latar belakang
Fatihah Irdina adalah pelajar tingakatan 5 Sekolah Kebangsaan Menengah Trolak dan bakal memduduki SPM pada tahun ini. Beliau adalah pengguna tetap Pusat Internet Felda Trolak Selatan. Beliau akan menggunakan kemudahan yang disediakan untuk menyelesaikan tugasan beliau seperti folio dan perbentangan powerpoint. Beliau jugak sering menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh PI antaranya Pertandingan Menulis Karangan Sempena Hari Bersama Komuniti 2019.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatan Irdina adalah pelajar biasa yang menggunakan computer untuk melayari internet seperti Facebook dan youtube.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah menyertai program ICT di Pusat Internet, beliau lebih mahir menggunakan MS Office untuk kegunaan tugasan beliau sebagai pelajar.