Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. 1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. 2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. 3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh       atau merawat lepuh;
  4. 4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan                larutan campuran kloroks;
  5. 5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. 6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 

 

Klinik Kesihatan Felda Trolak Selatan merupakan pusat kesihatan untuk 3 gugusan iaitu Felda Trolak Selatan, Felda Trolak Timur dan Felda Trolak Utara. Klinik ini menawarkan pekhidmatan rawatan pesakit luar, ibu dan anak, penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

KESIHATAN

 

Klinik Kesihatan Felda Trolak Selatan

Klinik Kesihatan Felda Trolak Selatan adalah klinik kesihatan untuk 3 gugusan aiatu Felda Trolak Selatan, Felda Trolak Timur dan Felda Trolak Utara.

Alamat

Klinik Kesihatan Trolak (Felda)

35600 Sungkai Perak

No Tel : 05-4323136

No Fax : 05-4526697

ALAMAT KLINIK KESIHATAN FELDA TROLAK SELATAN

Klinik Kesihatan Trolak

Jalan Besar Trolak Selatan, Batang Padang, 35600, Sungkai, Perak

Perak    Malaysia

Service Category: Clinics

Tel No: 05-432 3136

 

PETA KAWASAN