TELUK SENANGIN
Tidak ramai yang mengetahui bahawa teluk senangin di perak adalah salah satu lokasi menarik untuk percutian. Ia adalah sebuah kawasan pantai yang cantik dan sentiasa menjadi lokasi perkelahan untuk penduduk setempat.
Dari pantai teluk senangin, pengunjung boleh melihat pulau pangkor yang berada jauh di tengah laut. Deretan pokok-pokok rhu ditepi pantai menambahankan lagi keindahan disini.
Bagi anda yang ingin keluar dari kesibukan kota, suasana damai dan keindahan teluk senangin pasti memberi ketenganan yang anda ingin dan perlukan.
Pantai Teluk Senangin yang bersih
PENGINAPAN DI TELUK SENANGIN
Sesuai untuk percutian bajet, anda boleh memilih chalet murah diteluk senangin yang disenaraikan seperti dibawah. Semua chalet disini adalah milik penduduk tempatan. Lokasi chalet pulak kenanyakkanya memang terletak di tepi pantai. Kemudahan yang disediakan termasuklah penghawa dingin, katil queen, bilik mandi dan tandas serta hot shower. Ada juga chalet yang menyediakan tempat untuk bbq.jika aberminat, anda boleh terus menempah melalui nombor telefon yang disertakan :-
- 1.CHALET HAJI KAMAL – 012-528 7825
- 2.TELUK SENANGIN CHALET – 012-312 7708 / 019-228 6501
- 3.SRI SENANGIN – 013-518 7982 / 012-564 7699
- 4.DE IDAMAN CHALET – 012-433 7576 / 017-5653 567
- 5.MESRA CHALET – 012-919 8447 / 016-5589 764
- 6.PAK YA CHALET DAN MINI CAMP – 017-533 7051 / 013-411 2834
Chalet Pak Ya
Mesra Chalet
Teluk Senangin Chalet
De Idaman Chalet
Bagaimana Untuk Ke Teluk Senangin?
Teluk Senangin Terletak Di Daerah Manjung, Perak Iaitu Dalam Kawasan Seri Manjung. Jaraknya Lebih Kurang 32 Km Dari Bandar Setiawan. Ia Juga Berada Berhampiran Dengan Jeti Lumut.
- Pengunjung Yang Ingin Ke Teluk Senangin Dari Arah Utara Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perlis) Boleh Menggunakan Lebuh Raya Plus Dan Keluar Mengikut Susur Keluar Changkat Jering. Seterusnya Pengunjung Boleh Mengikut Jalan Trong Ke Pantai Remis Dan Seterusnya Ke Teluk Senangin.
- Pengunjung Yang Datang Dari Arah Selatan Boleh Menggunakan Lebuhraya Plus Dan Mengambil Jalan Susur Keluar Bidor. Jika Dari Susur Keluar Bidor, Pengunjung Perlu Ke Teluk Intan, Setiawan Dan Seterusnya Ke Teluk Senangin.
- Pengunjung Juga Boleh Menggunakan Jalan Alternatif Yang Lain Iaitu Mengikut Susur Keluar Gopeng Dan Melaui Batu Gajah Ke Bota Dan Seterusnya Ke Teluk Senangin.