Akan dikemaskini oleh petugas dalam waktu yang terdekat
MUZIUM PENDIDIKAN PERTAMA NEGARA a.k.a BANGUNAN SULUH BUDIMAN UPSI
Bangunan Suluh Budiman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dibina pada tahun 1919 kini di naik taraf sebagai Muzium Pendidikan Nasional (MPN) dengan kos RM9.8 juta. Muzium pendidikan pertama negara itu dipulihara dengan kos tersebut dan boleh diiktiraf sebagai mercu tanda kegemilangan pendidikan tanah air disempurnakan perasmiannya oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun pada 19 Julai 2011.
Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam ucapannya pada majlis itu berkata pemilihan bangunan berkenaan sebagai muzium pendidikan pertama negara amat betetapan sekali kerana sejarah perkembangan pendidikan nasional banyak bermula du UPSI yang dahulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).
"Bangunan Suluh Budiman ini banyak berjasa dengan pembangunan negara dan bangsa malah kebangkitan nasionalisme yang menjadi pemangkin kepada perjuangan kemerdekaan turut bermula di sini, " katanya. Zambry berkata kerajaan negeri yakin muzium itu dapat memainkan peranan sebagai pusat khazanah segala sumber ilmu serta sejarah pendidikan negara.
UPSI telah melahirkan ramai tokoh pendidikan berkaliber dan pemimpin tersohor seperti bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba dan tokoh pendidikan Tan Sri Awanh Had Salleh.
Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr. Aminah Ayob pula berkata pembukaan muzium tersebut merupakan satu penghormatan kepada dunia pendidikan negara melalui pameran khazanah lama dan terkini yang melambangkan pencapaian sistem pendidikan di Malaysia dari era sebelum merdeka sehingga kini.
"Bangunan ini sebuah bangunan yang didaftarkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 12 NOvember 2009 kerana mempunyai nilai sejarah yang penting kepada pembangunan negara khususnya dalam bidang perguruan dan pendidikan," katanya.
SEJARAH BANGUNAN SULUH BUDIMAN
Beliau berkata bangunan berkenaan mula beroperasi pada 1922 sebagai sebuah maktab untuk latihan perguruan dan dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC) atau (MPSI).
Projek pemuliharaan bangunan itu dimulakan pada 24 Ogos 2009 untuk dijadikan sebagai MPN dan merujuk kepada prinsip konservasi bangunan bersejarah seperti diperuntukkan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan garis panduan Konservasi Jabatan Warisan Negara.
Pelawat ke MPN boleh menyaksikan pameran di 19 buah galeri, 2 bilik bacaan selain mendapat bahan rujukan melalui sistem komputer yang disediakan.
UPSI juga sementara itu menyediakan sistem digital yang membolehkan bahan-bahan pameran di muat naik ke dalam webnya bagi kemudahan pelayar internet seluruh dunia mengikut sejarah pendidikan negara.-BERNAMA
(SUMBER: BERNAMA)
UPSI
BANGUNAN SULUH BUDIMAN a.k.a MUZIUM PENDIDIKAN NASIONAL
Sejarah Negeri Perak.
Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia ( selepas Negeri Pahang ) dengan berkeluasan 21,000km persegi. Ia merupakan salah satu negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu ( Malaysia ).
Negeri Perak meliputi kawasan 6.4 % daripada jumlah keluasan Malaysia. Perak mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun dan kadar suhu antara 23.7 sehingga 33.2 darjah celcius, serta kelembapan melebihi 82.3 % serta hujan pada kadar 3,218.00mm setahun. Bukit Larut merupakan tempat ayng paling lembap di Malaysia dengan kadar lebih kurang 5,080mm.
Hampir separuh dari keluasan Perak diliputi denga hutan dengan keluasan 10,713km persegi, dimana 95.6 % ilah HUtan Hujan Khatulistiwa dan selibihnya iaitu 4.4 % adalah Hutan Paya Bakau. Negeri Perak juga dikenali sebagai "Bumi Bertuah" kerana dikurniakan dengan pelbagai anugerah Tuhan dan tempat-tempat menarik untuk di lawati oleh komuniti luar.
Perak terbahagi kepada 10 daerah iaitu Batang Padang, Kinta, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Hilir Perak, Perak Tengah dan Hulu Perak. Bandar-bandar utama di Perak adalah termasuk Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Batu Gajah, Teluk Intan dan Kampar.
( Sumber Rujukan Website Negeri Perak)
CEMPAKA SARI SEJARAH KESULTANAN NEGERI PERAK
Tidak dapat dinafikan Perak adalah diantara dua atau tuga buah negeri yang di Semenanjung yang palinf terkemuka dalam sejarah Malaysia. Selain daripada Kedah, Perak adalah negeri yang tertua, kesultanan Perak telah diasaskan pada tahun 1528 (Khoo Kay Kim, 1986)
Memetik kata-kata Prof.Khoo Kay Kim diatas, Portal Pi1M Felda Trolak Selatan ingin berkongsi isi kandungan buku yang dikarang oleh M.A Fawzi Basri pada tahun 1986. Seperti yang dikatakan oleh Prof.Khoo Kay Kim, sejarah Perak ini tidak dapat harus kita ketahui kerana ia merupakan negeri dalam persekutuan Malaysia.
Buku ini banyak menyehtuh sedari awalnya sejarah Negeri Perak iaitu yang bersandarkan bukti-bukti arkeologi bertarikh 8000 SM sehinggalah kepada kewujudan Kesultanan Perak abad ke-20.
Seperti ayng dilihat didalam gambar, buku ini kelihatannya sudah terlalu lama terperam di kaunter Kompleks Pasir Salak yang terletak di negeri Perak. Lusuhnya keadaan buku ini bukanlah gambaran nilai catatan sejaran di dalamnya yang bersumberkan fakta dan akjian yang mendalam.
Antara gambar yang terdapat di dalam buku ini : Sultan Iskandar Shah (1918 - 1938)
ANTARA YANG MENARIK:
1. MEWARISI SISTEM PEMBESAR KESULTANAN MELAYU MELAKA.
Antara isi kandungan yang menarik untuk diketahui adalah Pembesar Negeri dalam konteks Sistem Politik Perak. Susunan pembesar-pembesar bergelar Negeri Perak adalah mematuhi tradisi yang dibawa oleh Sultan pertama negeri ini yang berketurunan dari Sultan Melaka yang menyaksikan penggunaan SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN. Apabila dibaca bab perihal pembesar-pembesar negeri ini, dapat kita lihat banyak nama-nama gelaran yang unik bagi pembesar-pembesar yang mengikut "ranking" seperti di bawah:
- Orang Besar Empat (Maksudnya ada 4 orang pembesar yang bergelar)
- Orang Besar Lapan (di sini letaknya kedudukan gelaran pembesar yang terkenal di dalam buku sejarah di sekolah iaitu DATUK MAHARAJA LELA)
- Orang Besar Enam Belas
- Orang Besar Tiga Puluh Dua (dalam banyak-banyak gelaran bagi bahagian ini Cikgusir tertarik dengan nama gelaran TOH TAN DEWA SAKTI)
Daripada huraian dan keterangan yang diberikan secara terperinci di dalam buku ini, penulis memberi satu kesimpulan bahawa negeri Perak merupakan salah sebuah negeri Melayu yang banyak mempunyai pembesar.
2. SISTEM WARIS NEGERI DAN PERLANTIKAN SULTAN
Susun atur melantik raja pemerintah negeri juga adalah unik. Sultan-sultan tidak dilantik secara waris bapa kepada anak; tetapi dijalankan mengikut giliran. Dikatakan di dalam buku ini tujuan sistem ini dijalankan adalah bagi memberi peluang kepada keturunan Kerabat Kesultanan Melaka, Kerabat Acheh dan Kerabat Keturunan Bugis untuk sama-sama memerintah negeri. Keunikan ini boleh pembaca selidik dengan teliti di dalam BAB IX, SISTEM WARIS NEGERI DAN PERLANTIKAN SULTAN: ADAT DAN HAKIKAT.
Akhir sekali ini merupakan satu catatan yang amat menarik yang terdapat di bahagian penutup buku ini yang telah di tulis oleh penulis iaitu:
Kekekalan sistem beraja sehingga kini adalah atas kekukuhan tradisinya dan juga sokongan bulat orang Melayu yang terus menjunjung kedaulatan raja-raja. Walaupun bilangan negara yang mempunyai institusi beraja kian luput di seluruh dunia. Namun negara kita merupakan negara yang dikira banyak mempunyai institusi kerajaan beraja, kesemua ini berlaku atas kehendak rakyat dan tradisi yang sudah sebati dengan penduduk asal negara ini. Oleh kerana institusi raja itu rapat kaitannya dengan identiti orang Melayu, ianya membawa pengertian institusi raja akan timbul dan tenggelam bersama orang Melayu, namun seperti kata Hang Tuah "Tidakkan Melayu Hilang Di Dunia." Sebagai bangsa yang gagah di Nusantara di zaman pra penjajah, sudah pasti orang Melayu berserta budaya dan tradisinya tidak akan lagi merelakan diri dan keturunannya "berdagang dibuminya sendiri, pupusnya Orang Melayu dan Budaya Melayu bererti akan luputlah Institusi beraja, maka tinggallah sejarah Orang Melayu dan Rajanya untuk tuntunan pelancong dan pengkaji sejarah.
SUMBER DARI BLOG CIKGUSIR, SABTU, SEPTEMBER, 20 2014