Sejarah Negeri Perak.

Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia ( selepas Negeri Pahang ) dengan berkeluasan 21,000km persegi. Ia merupakan salah satu negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu ( Malaysia ).

Negeri Perak meliputi kawasan 6.4 % daripada jumlah keluasan Malaysia. Perak mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun dan kadar suhu antara 23.7 sehingga 33.2 darjah celcius, serta kelembapan melebihi 82.3 % serta hujan pada kadar 3,218.00mm setahun. Bukit Larut merupakan tempat ayng paling lembap di Malaysia dengan kadar  lebih kurang 5,080mm.

Hampir separuh dari keluasan Perak diliputi denga hutan dengan keluasan 10,713km persegi, dimana 95.6 % ilah HUtan Hujan Khatulistiwa dan selibihnya iaitu 4.4 % adalah Hutan Paya Bakau. Negeri Perak juga dikenali sebagai "Bumi Bertuah" kerana dikurniakan dengan pelbagai anugerah Tuhan dan tempat-tempat menarik untuk di lawati oleh komuniti luar.

Perak terbahagi kepada 10 daerah iaitu Batang Padang, Kinta, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Hilir Perak, Perak Tengah dan Hulu Perak. Bandar-bandar utama di Perak adalah termasuk Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Batu Gajah, Teluk Intan dan Kampar.

( Sumber Rujukan Website Negeri Perak)