Misteri Kolam Hijau

Misteri Kolam Hijau amat sinonim dengan Felda Trolak Selatan. Bukan sahaja bagi masyarakat setempat malahan bagi masyarakat luar juga ada yang tahu mengenai "cerita" yang dikaitkan dengnnya. Lokasi Kolam HIjau terletak di pertengahan jalan masuk ke Felda Trolak Selatan yang merupakan kawasan sempadan antara ladang kelapa sawit Felda Trolak Selatan dengan Felda Trolak Utara. Jolokan nama "Kolam Hijau" berasal daripada keadaan air kolamnya yang sentiasa berwarna hijau. Pada masa dahulu terdapat dua longkang yang bertutup dengan gerigi besi dibina meringtangi jalan untuk tujuan penyaluran air hujan. Ini menyebabkan sesiapa yang ingin melaui kawasan "Kolam Hijau" terpaksa memperlahankan kenderaan mereka. Kini longkang yang merintangi jalan tersebut telah tiada begitu juga dengan "Kolam Hijau" yang menggerukan. Kerana KOlam Hijaulah ada diantara penduduk setempat yang takut untuk keluar masuk terutama -ada waktu senja apatah lagi pada waktu malam. 

Antara cerita-cerita misteri yang pernah dikaitan dengan "Kolam Hijau" ialah :-

  1. Terdapat seorang peneroka bersama isteri dan anknya menunggang motorsikal pulang dari Felda trolak Selatan bingung dan terpinga-pinga apabila terdapat jalan yang bersimpang apabila sampai di kawasan Kolam Hijau. Kejadian tersebut berlaku pada waktu senja ketika hujan renyai-renyai sedang turun membasahi tanah di Felda Trolak Selatan. Mengikut cerita pasangan tersebut terpaksa menunggu sehingga hujan berhenti barulah jalan yang betul kelihatan.
  2. Seorang peneroka dari jalan Senggora memperlahankan motorsikal yang ditunggangnya apabila sampai di kawasan Kolam Hijau. Tiba-tiba beliau menyedari suatu lembaga yang besar dan tinggi berdiri merintangi jalan. Tanpa berfikir panjang beliau terus memecut motorsikalnya melalui bawah "kelangkang" lembaga tersebut. Diceritakan beliau memecut motorsikalnya dengan menggunakan gear dua sehingga sampai ke rumah kerana terlalu takut dan terkejut. 
  3. Sekumpulan lelaki yang sedang "menyangkung" disitu bertempiaran lari apabila terdengar bunyi hentakan kaki yang terlalu kuat sehingga bergegar tanah menuju kearah mereka.
  4. Enjin pengepam air yang digunakan untuk mengepam air Kolam Hijau sewaktu pembinaan semula jalan Kolam Hijau yang runtuh dikatakan beberapa kali jatuh ke dalam kolam seperti ditarik dari bawah.
  5. Seorang generasi kedua Felda Trolak Selatan yang baru pulang dari kerja melalui kawasan Kolam Hijau tersebut pada waktu tengah malam terpaksa memandu lorinya dalam keadaan yang berkabus. Keesokkan harinya beliau tersedar dari tidur dan terkejut apabila mendapati dirinya berada di kawasan perkuburan di Felda Trolak Selatan.

Walaubagaimanapun cerita-cerita misteri ini sudah jarang kedengaran selepas air Kolam Hijau tersebut kering. Yang ada hanyalah ada di antara anak-anak muda yang bermotorsikal sering melepak disitu pada waktu petang sehingga senja.

 

Peta Kawasan Perkampungan Felda trolak Selatan