LOKASI MENARIK TERBARU, REFARM KAMPAR
Refarm Kampar. Lolaksi menarik terbaru di negeri Perak. Terletak di daerah Kampar bersempadan dengan daerah Batang Padang. Jika adri Pekan Kampar, jaraknya hanya 4 kilometer sahaja. untuk kelokasi ini, jika melalui PLUS dari arah utara, anda perlu keluar melalui Tol Gopeng dan jika anda dari arah selatan, anda perlu keluar melalui Tol Tapah.
APA YANG MENARIK DI REFARM KAMPAR
Kepada pengunjung yang mahukan suasana seperti di dalam permainan online FARMVILLE, tempat ini amat sesuai untuk anda semua. Suasananya yang berada di lereng bukit dengan pokok-pokok yang menghijau, kolam, air terjun, sayur-sayuran, binatang ternakan, kolam ikan, serta kolam mandi amat menarik perhatian sesiapa sahaja yang inginkan ketenangan setelah seharian sibuk dengan tugas masing-masing. Walaubagaimanapun, terdapat juga sedikit kekurangan dalam keterujaan para pengunjung yang datang yang mana air kolam mandinya sedikit keruh.
Refarm Kampar berkeluasan lebih kurang 26 ekar. Pihak pengurusan ada menyediakan perkhidmatan basikal kepada para pengunjung untuk mengelilingi kawasan sekeliling.
AKTIVITI YANG TERDAPAT DI REFARM KAMPAR
Mandi-Manda
Lawatan Ke Kandang Haiwan
Menangkap Ikan
ANTARA AKTIVITI LAIN YANG DISEDIAKAN
- Menanam sayur-sayuran organik, buah-buahan serta cendawan
- Memancing (RM 5.00/sebatang pancing)
- Permainan layang-layang
- Joging
- Kembara Hutan
BAYARAN MASUK
Dewasa : RM10.00
KANAK-KANAK : RM5.00
Mailing Address
Lot 6059, Jalan Temoh Kampar,35350 Temoh, Perak
Contact number: 012-5026115
Business hour:
Leisure Farm, 9am – 6pm
(Monday – Sunday, every Tuesday off except public holiday)
Restaurant, 11am – 3pm, 6pm – 10pm
(Monday – Sunday, every Tuesday off except public holiday)
Find us on Waze App
ReFarm – Kampar – Farm. Food. Stay,
Lot6059, Jalan 1, Jalan Kampar – Temoh, Kampar
http://waze.to/lr/hw0zbq1mv0
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.