Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.

Muzium Perak terletak di antara persimpangan Jalan Taming Sari dan Jalan Muzium Ulu. Bangunan ini, terletak berhampiran dan berhadapan Penjara Taiping, kira-kira 85 km dari Ipoh, ibu negeri bagi negeri Perak.

Alamat

Jalan Taming Sari,
Taiping, 34000 Perak
Tel  : +605 807 2057
Fax : +605 806 3643

Sejarah

Pembinaan bangunan dibangunkan dalam tahun 1883, yang diberi ilham oleh Sir Hugh Low, Residen British di Perak ketika itu. Semasa pembinaan binaan bangunan, terdapat masalah kewangan yang wujud, dan mengakibatkan pembinaan bangunan telah lewat selama 3 tahun kemudian. Dalam tahun 1889, penambahan bahagian dan belakang dilakukan. Kemudiannya, sayap kanan dan kiri bangunan ditambah dalam tahun 1900.

Kurator

Leonard Wray Jr, merupakan penjaga muzium atau kurator pertama untuk bangunan Muzium Perak ini. Leonard, merupakan seorang yang mahir dalam botani dan geologi.

Bahan Pameran

Artifak yang dikutip dan dikumpulkan datangnya dari LembahKintadan LembahLenggong. Muzium Perak telah menghimpun dan mempamerkan kebudayaanMelayudanOrang Aslidan juga mempamerkan contoh zoologikal. Diantara contoh zoologikal yang ada didalam muzium ini ialah rangkabadak sumbu. Selain itu,basikallama, pameran pengggunaanrotanoleh Orang Asli dan rumah minitur Orang Asli juga dipamerkan.

Diluar bangunan muzium, boleh dapat dilihat, satu jet lama, kockeretapi wap,kereta wap, patung Kolnel Walker, batu tanda kubuMaharaja Lela, batu nisan purba dariSungkaidan sampan purba.

(sumber:https://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Perak)

Tempat Menarik Di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor adalah sebuah pulau perlancongan yang popular di Malaysia. Tarikan utama pelancong adalah kecantikan pantai, air laut yang jernih dan laut yang kaya denagn coral dan hidupan laut yang cantik. Pulau pangkor juga merupakan pulau bersejarah dimana ia pernah menjadi kubu Belanda pada zaman dahulu. Buat pengunjung yang ingin merancang percutian bajet ke Pulau Pangkor, ini ialah maklumat aktiviti dan tempat menarik di Pulau Pangkor untuk panduan anda.

LOKASI

Pulau Pangkor terletak diperairan Selat melaka. Ia termasuk dalam daerah manjung di dalan Negeri Perak Darul Ridzuan. Bandar terhampir dengan Pulau Pangkor ialah Lumut. Para pelancong yang ingin ke Pulau Pangkorakan menaiki feri dari Jeti Lumut.

 

PENGANGKUTAN

Pengunjung yang ingin ke Pulau Pangkor boleh membawa kenderaan sendiri sehingga ke bandar Lumut. Jika melalui lebuhraya dari arah selatan, anda boleh mengikut susur keluar Bidor manakala jika dari arah Utara anda boleh melaui susur keluar Changkat Jering. Terdapat kawasan meletak kereta yang luas disediakan seperti tempat meletak kereta persendirian, Perkarangan masjid Lumut, atau parking bertingkat Majlis Perbandaran Manjung. Kawasan letak kereta ini akan mencukupi jika bukan didalam waktu cuti sekolah atau pun cuti umum. Pelancong yang ingin melancong ke Pulau Pangkor juga boleh menggunakan kemudahan pengankutan awam seperti bas dan juga teksi. Banyak syarikat Bas Ekspress dari bandar utama di Malaysia yang menyediakan perjalanan ke Manjung atau terus ke Lumut.

Seterusnya pemgunjung boleh mendapatkan tiket feri di Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Terdapat banyak feri yang beroperasi seawal 6.30 pagi hingga 8.30 malam. Kadar tambang untuk dewasa ialah RM10.00 manakala tambang untuk kanak-kanak ialah RM5.00/ Perjalanan feri ke Pulau Pangkor mengambil masa  kira-kira 45 minit. Apabila sampai ke Pulau Pangkor terdapat van pelancongan atau teksi yang boleh membawa pengunjung ke resort atau chalet penginapan. Pengunjung boleh menyewa basikal, motosikal atau basikal jika hendak melawat tempat bersejarah atau mengunjungi tempat menarik di Pulau pangkor.

Pengunjung juga boleh menaiki penerbangan Berjaya Air dari Kuala Lumpur terus ke Lapangan Terbang Teluk Dalam di Pulau Pangkor.

Image result for jeti lumut perak

 

 TEMPAT BERSEJARAH UNTUK DILAWATI

Pulau Pangkor pernah menjadi penempatan Belanda yang ingin menjajah Perak. Terdapat Peninggalan kubu yang dibina sebagai pertahanan dari serangan pahlawan-pahlawan melayu Perak. Antara tempat bersejarah yang dikawal ialah:

  1. Kota Belanda - Terletak di Teluk Gadung - Pulau Pangkor
  2. Batu Bersurat - Terletak di Teluk Gadung - Pulau Pangkor
  3. Perkuburan Belanda - Terletak di Sungai Pinang

Image result for kota belanda di pulau pangkor


 

 

 

 

TELUK SENANGIN

Tidak ramai yang mengetahui bahawa teluk senangin di perak adalah salah satu lokasi menarik untuk percutian. Ia adalah sebuah kawasan pantai yang cantik dan sentiasa menjadi lokasi perkelahan untuk penduduk setempat.

Dari pantai teluk senangin, pengunjung boleh melihat pulau pangkor yang berada jauh di tengah laut. Deretan pokok-pokok rhu ditepi pantai menambahankan lagi keindahan disini.

Bagi anda yang ingin keluar dari kesibukan kota, suasana damai dan keindahan teluk senangin pasti memberi ketenganan yang anda ingin dan perlukan.

Pantai Teluk Senangin yang bersih

PENGINAPAN DI TELUK SENANGIN

Sesuai untuk percutian bajet, anda boleh memilih chalet murah diteluk senangin yang disenaraikan seperti dibawah. Semua chalet disini adalah milik penduduk tempatan. Lokasi chalet pulak kenanyakkanya memang terletak di tepi pantai. Kemudahan yang disediakan termasuklah penghawa dingin, katil queen, bilik mandi dan tandas serta hot shower. Ada juga chalet yang menyediakan tempat untuk bbq.jika aberminat, anda boleh terus menempah melalui nombor telefon yang disertakan :-

  1. 1.CHALET HAJI KAMAL – 012-528 7825
  2. 2.TELUK SENANGIN CHALET – 012-312 7708 / 019-228 6501
  3. 3.SRI SENANGIN – 013-518 7982 / 012-564 7699
  4. 4.DE IDAMAN CHALET – 012-433 7576 / 017-5653 567
  5. 5.MESRA CHALET – 012-919 8447 / 016-5589 764
  6. 6.PAK YA CHALET DAN MINI CAMP – 017-533 7051 / 013-411 2834

Chalet Pak Ya

Chalet Pak Ya

 

Mesra Chalet

 

Teluk Senangin Chalet

 

De Idaman Chalet

 

Bagaimana Untuk Ke Teluk Senangin?

Teluk Senangin Terletak Di Daerah Manjung, Perak Iaitu Dalam Kawasan Seri Manjung. Jaraknya Lebih Kurang 32 Km Dari Bandar Setiawan. Ia Juga Berada Berhampiran Dengan Jeti Lumut.

  • Pengunjung Yang Ingin Ke Teluk Senangin Dari Arah Utara Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perlis) Boleh Menggunakan Lebuh Raya Plus Dan Keluar Mengikut Susur Keluar Changkat Jering. Seterusnya Pengunjung Boleh Mengikut Jalan Trong Ke Pantai Remis Dan Seterusnya Ke Teluk Senangin.
  • Pengunjung Yang Datang Dari Arah Selatan Boleh Menggunakan Lebuhraya Plus Dan Mengambil Jalan Susur Keluar Bidor. Jika Dari Susur Keluar Bidor, Pengunjung Perlu Ke Teluk Intan, Setiawan Dan Seterusnya Ke Teluk Senangin.
  • Pengunjung Juga Boleh Menggunakan Jalan Alternatif Yang Lain Iaitu Mengikut Susur Keluar Gopeng Dan Melaui Batu Gajah Ke Bota Dan Seterusnya Ke Teluk Senangin.

 

KOTA NGAH IBRAHIM, LARUT MATANG, PERAK.

Image result for kota ngah ibrahim kaya tinggalan sejarah

Kota ini merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Larut yang pada ketika itu menjadi jajahan takluk di bawah kuasa Ngah Ibrahim. Kota Ngah Ibrahim dibina di Matang dalam tahun 1854. Kota ini mempunyai tembok batu sepanjang 131 meter dan lebar 110 meter. Tapak ini kira-kira 8 km dari bandar Taiping. Di dalam kawasan Kota ini, Ngah Ibrahim membina sebuah rumah besar yang menjadi kediaman rasminya. Sebuah bangunan setor digunakan sebagai tempat simpanan bijih timah.

Selepas Ngah Ibrahim dihukum buang negeri, Kota Ngah Ibrahim diambil alih oleh pihak British. Ia digunakan sebagai kediaman rasmi Kapten Tristam Speedy, Penolong Residen di samping digunakan sebagai bangunan mahkamah untuk perbicaraan Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor kerana tuduhan membunuh Residen British pertama di Perak, J.W.W. Birch . Mereka didapati bersalah dan menjalani hukuman gantung di hadapan Kota Ngah Ibrahim pada 21 Januari 1877.

KEGUNAAN LAIN

Dalam tahun 1913, Bangunan Kota Ngah Ibrahim digunakan sebagai bangunan untuk Maktab Perguruan Melayu dikenali sebagai Kolej Matang sehinggalah pembukaan Maktab Perguruan Sultan Idris dalam tahun 1923. Bangunan itu kemudiannya digunakan sebagai bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Matang. Semasa Pendudukan Jepun, bangunan ini dijadikan ibu pejabat tentera Jepun

MUZIUM SEJARAH MATANG

Selepas Jepun menyerah kalah dalam tahun 1945, bangunan ini kembali digunakan sebagai bangunan sekolah, sehingga tahun 1985 bila mana bangunan ini diambil alih oleh Jabatan Muzium & Antikuiti Perak dan dijadikan bangunan Kompleks Sejarah Matang.

Kompleks Sejarah Matang,

Jabatan Muzium & Antikuiti Kota Ngah Ibrahim,

34750 Matang, Taiping,

Perak Darul Ridzuan.

Tel: 05-8477970

 

(sumber kredit:https://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Ngah_Ibrahim / http://hanya-diriku.blogspot.my/)

LATA ISKANDAR - TEMPAT MENARIK DI ANTARA TAPAH DAN RINGLET

Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi. Terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands.

Air terjun ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga. Pengunjung boleh mengambil peluang untuk bermandi-manda di dalam airnya yang sejuk dan segar, yang terbit dari kawasan pergunungan. Bagi pencinta alam pula, sedikit masa yang diluang melalui denai-denai hutan yang telah disediakan akan membawa anda kepada keseronokan dan kekayaan flora dan fauna di sekeliling air terjun tersebut.

Di bahagian bawah air terjun ini, terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Hasil-hasil kraftangan di sini bermutu tinggi terutamanya hasil-hasil kraftangan oleh Orang Asli. Deretan gerai-gerai yang menyediakan minuman dan makanan ringan juga telah didirikan berhampiran kawasan air terjun untuk keselesaan orang ramai yang singgah untuk menikmati keindahan Lata Iskandar. (Catatan ini dipetik dari web rasmi Majlis Daerah Tapah)-http://www.mdtapah.gov.my

Foto-foto menarik di Lata Iskandar