Tempat Menarik Di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor adalah sebuah pulau perlancongan yang popular di Malaysia. Tarikan utama pelancong adalah kecantikan pantai, air laut yang jernih dan laut yang kaya denagn coral dan hidupan laut yang cantik. Pulau pangkor juga merupakan pulau bersejarah dimana ia pernah menjadi kubu Belanda pada zaman dahulu. Buat pengunjung yang ingin merancang percutian bajet ke Pulau Pangkor, ini ialah maklumat aktiviti dan tempat menarik di Pulau Pangkor untuk panduan anda.

LOKASI

Pulau Pangkor terletak diperairan Selat melaka. Ia termasuk dalam daerah manjung di dalan Negeri Perak Darul Ridzuan. Bandar terhampir dengan Pulau Pangkor ialah Lumut. Para pelancong yang ingin ke Pulau Pangkorakan menaiki feri dari Jeti Lumut.

 

PENGANGKUTAN

Pengunjung yang ingin ke Pulau Pangkor boleh membawa kenderaan sendiri sehingga ke bandar Lumut. Jika melalui lebuhraya dari arah selatan, anda boleh mengikut susur keluar Bidor manakala jika dari arah Utara anda boleh melaui susur keluar Changkat Jering. Terdapat kawasan meletak kereta yang luas disediakan seperti tempat meletak kereta persendirian, Perkarangan masjid Lumut, atau parking bertingkat Majlis Perbandaran Manjung. Kawasan letak kereta ini akan mencukupi jika bukan didalam waktu cuti sekolah atau pun cuti umum. Pelancong yang ingin melancong ke Pulau Pangkor juga boleh menggunakan kemudahan pengankutan awam seperti bas dan juga teksi. Banyak syarikat Bas Ekspress dari bandar utama di Malaysia yang menyediakan perjalanan ke Manjung atau terus ke Lumut.

Seterusnya pemgunjung boleh mendapatkan tiket feri di Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Terdapat banyak feri yang beroperasi seawal 6.30 pagi hingga 8.30 malam. Kadar tambang untuk dewasa ialah RM10.00 manakala tambang untuk kanak-kanak ialah RM5.00/ Perjalanan feri ke Pulau Pangkor mengambil masa  kira-kira 45 minit. Apabila sampai ke Pulau Pangkor terdapat van pelancongan atau teksi yang boleh membawa pengunjung ke resort atau chalet penginapan. Pengunjung boleh menyewa basikal, motosikal atau basikal jika hendak melawat tempat bersejarah atau mengunjungi tempat menarik di Pulau pangkor.

Pengunjung juga boleh menaiki penerbangan Berjaya Air dari Kuala Lumpur terus ke Lapangan Terbang Teluk Dalam di Pulau Pangkor.

Image result for jeti lumut perak

 

 TEMPAT BERSEJARAH UNTUK DILAWATI

Pulau Pangkor pernah menjadi penempatan Belanda yang ingin menjajah Perak. Terdapat Peninggalan kubu yang dibina sebagai pertahanan dari serangan pahlawan-pahlawan melayu Perak. Antara tempat bersejarah yang dikawal ialah:

  1. Kota Belanda - Terletak di Teluk Gadung - Pulau Pangkor
  2. Batu Bersurat - Terletak di Teluk Gadung - Pulau Pangkor
  3. Perkuburan Belanda - Terletak di Sungai Pinang

Image result for kota belanda di pulau pangkor