Felda Projek Trolak Selatan (Pejabat)

FELDA Projek Trolak Selatan, 35600 Trolak, Perak, Malaysia

Telefon : 05-432 2301
Fax      : 05-432 2301

 

 

 JKKR Felda Trolak Selatan (Pejabat)

Jalan Besar, Wisma JKKR Felda Trolak Selatan, 35600 Sungkai, Perak, Malaysia

Telefon : 05-432 1023

 

 Pusat Ekonomi Digital Felda Trolak Selatan (PEDi)

Lat 3.916834

Long 101.38399

 

Jumlah Semasa Penduduk / Peneroka Felda Trolak Selatan

: 693 Orang

Jumlah Asal Peneroka : 603 Orang

Jumlah Peneroka Yang Sudah Meninggal Dunia : 410 Orang

Jumlah Penempatan Baru (Generasi Ke-2 Felda)

: 500 Orang 

 

 

 

 

 

"Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong"/ “Freedom of Speech but not freedom to lie”

Tidak pasti , Jangan kongsi
Sila ke Sebenarnya.my untuk mencari maklumat yang sahih dan tepat

 

Gambar di sini

______________________________________________________________________________________________

 

 

 

Jom kemas kini aplikasi MySejahtera anda ke versi 1.0.16 untuk menggunakan fungsi-fungsi terbaru seperti:

1. Kemas kini status kesihatan anda

Android https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera

iOS
https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630

Huawei
https://appgallery.cloud.huawei.com/marketshare/app/C101930603?locale=en_GB&source=appshare&subsource=C101930603

Ayuh! Mari putuskan rangkaian COVID-19 di Malaysia!

 

Dengan lebih daripada 160 vaksin berpotensi untuk COVID-19 dalam kajian, pakar optimis berharap vaksin yang layak dapat siap
pada akhir tahun 2020. Pakar lain memberi amaran bahawa garis masa mungkin tidak realistik. Hanya sebilangan kecil calon vaksin yang diuji pada orang,
dan kemungkinan banyak projek lain tidak akan bertahan di luar tahap makmal.
Baca lebih lanjut :

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI KAWASAN PASAR JALAN OTHMAN (PJO), PETALING JAYA, SELANGOR

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 26 kes positif COVID-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan Pasar Jalan Othman (PJO), Petaling Jaya, Selangor.

Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan kelapan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Enhanced Movement Control Order (EMCO) di kawasan berikut:

Zon A​:
Jalan Penchala, Petaling Jaya
Jalan 4/33, Petaling Jaya
Jalan 4/37, Petaling Jaya
Jalan 4/39, Petaling Jaya
Jalan 4/41, Petaling Jaya
Jalan 4/44, Petaling Jaya
Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya
Jalan 4/43, Petaling Jaya
Jalan 4/46, Petaling Jaya
Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya

Zon B​:
Jalan 2/29, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/29A, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/27, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/32, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/25, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/26, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/34, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/34A, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/23, Petaling Jaya
​​ Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya
​​ Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya

Zon C​:
Jalan Selangor, Petaling Jaya
​​ Lorong 3/57D, Petaling Jaya
​​ Lorong 3/57C, Petaling Jaya
​​ Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya
​​ Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya

Perintah PKPD ini melibatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan di kawasan berkenaan. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 10 Mei 2020 hingga 23 Mei 2020.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa.

Dengan pelaksanaan perintah ini:

• Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

• Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

• Semua aktiviti perniagaan dihentikan di kawasan tersebut.

• Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD.

• Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

• Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada para petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP Petaling Jaya di talian 016-980 9389, atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
MENTERI KANAN (KLUSTER KESELAMATAN)

10 Mei 2020

 

_______________________________________________________________________________________________