PENGENALAN

Perutusan Ketua Penolong Pegawai Daerah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Satu Malaysia, Salam Perak Amanjaya.

Segala puji dan kesyukuran terhadap Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga Pejabat Daerah dan Tanah Slim River menghasilkan sebuah Laman Web Rasmi.

Saya bagi pihak seluruh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Slim River mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran semua pengguna untuk melayari laman web ini. Maklumat-maklumat yang dipaparkan menerusi laman web ini memberi manfaat berkesan bagi mereka yang melayari laman web ini. Laman web ini diwujudkan adalah atas keperihatinan dan tanggungjawab semua kakitangan jabatan ini untuk menyediakan kemudahan ekses kepada pengguna dengan kerjasama daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan(SUK) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).Ini adalah selaras usaha untuk merealisasikan hasrat mewujudkan sebuah "paperless gorverment atau elektronik government".

Sekian,

Terima Kasih.

KHAIRIL AKHTAR B. GHAZALI, AMP.

Ketua Penolong Pegawai Daerah

Slim River / Tanjong Malim,

Perak Darul Ridzuan.

INFO DAERAH

Sejarah Slim River

Slim River adalah sebuah pekan di Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Ia terletak di selatan Perak, kira-kira 20 km di utara Tanjung Malim dan 100 km di selatan Ipoh. Asal nama Slim River bermula daripada sungainya (Sungai Slim) yang sempit. Berdasarkan keadaan sungai yang sempit ini orang Inggeris telah menamakan bandar ini Slim River yang bermaksud sungai sempit di dalam Bahasa Malaysia.

Slim River adalah tempat berlakunya Pertempuran di Slim River, pertempuran yang menentukan nasib Tentera British semasa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu semasa Perang Dunia II. Tentera British telah mengalami kekalahan teruk semasa Pertempuran Jitra apabila Divisyen ke-11 India pimpinan Mej. Jen. David Murray-Lyon ditewaskan oleh Tenetra Jepun pimpinan Lt. Jen. Tomoyuki Yamashita dan yang memaksa mereka berundur ke Kampar. Tentera British mengatur pertahanan di Kampar. Tentera Jepun terus mara dan berhadapan dengan Tentera British dalam Pertempuran di Kampar. Tentera British memberikan tentangan hebat tetapi Tentera Imperial Jepun lolos melepasi barisan pertahanan British dan memaksa mereka berundur ke Slim River.

Lt. Jen. A. E. Percival dan Lt. Jen. Lewis Heath tahu sekiranya mereka gagal menyekat kemaraan Jepun dI Slim River, Tentera British tidak akan dapat mempertahankan Selangor dan Negri Sembilan. Bagaimanapun tentera British yang sedang berehat ketika berundur, telah diserang secara mengejut dalam satu pertempuran yang dikenali sebagai pertempuran di Slim River. Pertempuran ini terkenal kerana kejutan yang terhasil apabila sejumlah kecil tentera infantri Jepun dengan bantuan kereta kebal berjaya menumpaskan pasukan Tentera British yang lebih besar. Pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu.

SENARAI AHLI PARLIMEN DAN WAKIL RAKYAT