Kawasan Riadah dan rekreasi merupakan kawasan tumpuan warga Felda Trolak Selatan terutamanya pada waktu petang dan hari minggu. Bersebelahan dengan padang awam Felda Trolak Selatan, terdapat padang futsal sebagai salah satu kemudahan kepada warga Felda Trolak Selatan untuk beriadah dan bersukan.

 

 

PADANG AWAM FELDA TROLAK SELATAN

Kawasan Riadah dan rekreasi merupakan kawasan tumpuan warga Felda Trolak Selatan terutamanya pada waktu petang dan hari minggu. Pelbagai aktiviti kecergasan dijalankan di kawasan ini. Antaranya sukan bola sepak, jogging dan berbasikal. 

 

Pentas yang disediakan oleh pihak pengurusan Felda untuk kemudahan komuniti setempat 

 

Padang Awam

SURAU
 
Surau Al-Rahmaniah merupakan satu-satunya surau yang terdapat di Felda Trolak Selatan. Pembinaan surau ini memberi peluang kepada penduduk menuntut ilmu selain menjalankan akiviti kemasyarakatan seperti sambutan Maulidur Rasul dan Sambutan Maal Hijrah.
 
 

PERPUSTAKAAN DESA FELDA TROLAK SELATAN

Bilik Bacaan Rancangan (BBR)Telah ditubuhkan pada tahun 1992, dan ditumpangkan pada satu sudut dalam dewan JKKR Felda Trolak Selatan. Pada masa itu hanya terdapat 2 buah rak buku dan sejumlah 100 buah buku hasil sumbangan orang ramai. Bilik bacaan rancangan mula mendapat sambutan dari orang ramai terutamanya pelajar sekolah. Pada 1993, ia dipindahkan ke balairaya Felda Trolak Selatan yang telah dibina pada tahun 1973. Pada tahun 1995, BBR mendapat tawaran dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPK) untuk menubuhkan Perpustakaan Desa. Kini Perpustakaan Desa menjadi pilihan kepada komuniti untuk mendapatkan pelbagai ilmu malah pelbagai aktiviti juga turut dijalankan disana.

MASJID

Felda Trolak Selatan mempunyai sebuah masjid dan sebuah surau bagi memenuhi keperluan penduduk menunaikan solat Jemaah dan aktiviti kerohanian. Masjid Jamek Felda Trolak Selatan dibina pada 1973. Masjid tersebut dapat memuatkan hampir 1500 orang Jemaah dalam satu-satu masa. Masjid Jamek Felda Trolak Selatan pernah menjadi Naib Johan Pertandingan Keceriaan Masjid Daerah Batang Padang pada 2009. Usaha dan komitmen yang bersungguh-sungguh oleh Jawatan kuasa Masjid dan komuniti telah menjadikan Masjid Jamek Felda Trolak Selatan sentiasa hidup dengan aktiviti keagaamaan.