PERPUSTAKAAN DESA FELDA TROLAK SELATAN
Bilik Bacaan Rancangan (BBR)Telah ditubuhkan pada tahun 1992, dan ditumpangkan pada satu sudut dalam dewan JKKR Felda Trolak Selatan. Pada masa itu hanya terdapat 2 buah rak buku dan sejumlah 100 buah buku hasil sumbangan orang ramai. Bilik bacaan rancangan mula mendapat sambutan dari orang ramai terutamanya pelajar sekolah. Pada 1993, ia dipindahkan ke balairaya Felda Trolak Selatan yang telah dibina pada tahun 1973. Pada tahun 1995, BBR mendapat tawaran dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPK) untuk menubuhkan Perpustakaan Desa. Kini Perpustakaan Desa menjadi pilihan kepada komuniti untuk mendapatkan pelbagai ilmu malah pelbagai aktiviti juga turut dijalankan disana.