MASJID

Felda Trolak Selatan mempunyai sebuah masjid dan sebuah surau bagi memenuhi keperluan penduduk menunaikan solat Jemaah dan aktiviti kerohanian. Masjid Jamek Felda Trolak Selatan dibina pada 1973. Masjid tersebut dapat memuatkan hampir 1500 orang Jemaah dalam satu-satu masa. Masjid Jamek Felda Trolak Selatan pernah menjadi Naib Johan Pertandingan Keceriaan Masjid Daerah Batang Padang pada 2009. Usaha dan komitmen yang bersungguh-sungguh oleh Jawatan kuasa Masjid dan komuniti telah menjadikan Masjid Jamek Felda Trolak Selatan sentiasa hidup dengan aktiviti keagaamaan.