LADANG TERNAKAN RUSA

 

Kampung Manderang, sebuah tempat yang terletak di Sungkai, Perak terdapat sebuah ladang rusa yang terbentang kira-kira 100 hektar luasnya yang telah ditubuhkan dan diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar. Di sini, terdapat pelbagai spesis rusa yang dibiarkan hidup bebas, seperti berada di dalam habitat semulajadi mereka.Ditubuhkan pada tahun 1978 dengan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhilitan, ladang ini juga menyediakan tempat lindungan bagi spesis-spesis burung tertentu dan dan pelbagai hidupan liar yang lain, sebagai usaha lanjutan untuk mengekalkan serta mencegah kepupusan haiwan-haiwan tersebut.Ladang ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 4.15 petang (setiap hari termasuk cuti am) dan masuk adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

No. Tel. - 05-438 9482

(sumber: www.mdtapah.gov.my)