Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.

Muzium Perak terletak di antara persimpangan Jalan Taming Sari dan Jalan Muzium Ulu. Bangunan ini, terletak berhampiran dan berhadapan Penjara Taiping, kira-kira 85 km dari Ipoh, ibu negeri bagi negeri Perak.

Alamat

Jalan Taming Sari,
Taiping, 34000 Perak
Tel  : +605 807 2057
Fax : +605 806 3643

Sejarah

Pembinaan bangunan dibangunkan dalam tahun 1883, yang diberi ilham oleh Sir Hugh Low, Residen British di Perak ketika itu. Semasa pembinaan binaan bangunan, terdapat masalah kewangan yang wujud, dan mengakibatkan pembinaan bangunan telah lewat selama 3 tahun kemudian. Dalam tahun 1889, penambahan bahagian dan belakang dilakukan. Kemudiannya, sayap kanan dan kiri bangunan ditambah dalam tahun 1900.

Kurator

Leonard Wray Jr, merupakan penjaga muzium atau kurator pertama untuk bangunan Muzium Perak ini. Leonard, merupakan seorang yang mahir dalam botani dan geologi.

Bahan Pameran

Artifak yang dikutip dan dikumpulkan datangnya dari LembahKintadan LembahLenggong. Muzium Perak telah menghimpun dan mempamerkan kebudayaanMelayudanOrang Aslidan juga mempamerkan contoh zoologikal. Diantara contoh zoologikal yang ada didalam muzium ini ialah rangkabadak sumbu. Selain itu,basikallama, pameran pengggunaanrotanoleh Orang Asli dan rumah minitur Orang Asli juga dipamerkan.

Diluar bangunan muzium, boleh dapat dilihat, satu jet lama, kockeretapi wap,kereta wap, patung Kolnel Walker, batu tanda kubuMaharaja Lela, batu nisan purba dariSungkaidan sampan purba.

(sumber:https://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Perak)