LADANG TERNAKAN RUSA
Kampung Manderang, sebuah tempat yang terletak di Sungkai, Perak terdapat sebuah ladang rusa yang terbentang kira-kira 100 hektar luasnya yang telah ditubuhkan dan diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar. Di sini, terdapat pelbagai spesis rusa yang dibiarkan hidup bebas, seperti berada di dalam habitat semulajadi mereka.Ditubuhkan pada tahun 1978 dengan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhilitan, ladang ini juga menyediakan tempat lindungan bagi spesis-spesis burung tertentu dan dan pelbagai hidupan liar yang lain, sebagai usaha lanjutan untuk mengekalkan serta mencegah kepupusan haiwan-haiwan tersebut.Ladang ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 4.15 petang (setiap hari termasuk cuti am) dan masuk adalah percuma.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
No. Tel. - 05-438 9482
(sumber: www.mdtapah.gov.my)
KOLAM AIR PANAS ULU SLIM
Pengunjung-pengunjung yang datang ke kolam ini kebanyakkannya gemar merebus telur dan merendamkan kaki ke kolam ke dalam kolam ini. Persekitaran kolam ini telah dibersihkan dan dibangunkan oleh Majlis Daerah Tanjung Malim dengan kemudahan-kemudan seperti pondok istirehat, jambatan laluan berjalan kaki diatas kolam yang telah menjadikan Kolam Air Panas ini menjadi suatu tempat yang menarik dan cantik. Suhu air kolam ini memcecah 104 darjah celcius. Kolam ini juga menjadi tumpuan bagi peserta-peserta X.P.D.C merentasi Banjaran Titiwangsa dari Raub Pahang.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI KOLAM AIR PANAS ULU SLIM
- Ruang istirehat berbumbung
- Menyediakan tempat pejalan kaki
- Menyediakan temp;at merebus telur
KEISTIMEWAAN YANG TERDAPAT DI KOLAM AIR PANAS ULU SLIM
Bagi yang ingin merasai kepanasan Kolam Air Panas Ulu Slim ini datanglah beramai-ramai dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Sambil beriadah boleh juga meluangkan masa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan setelah penat bekerja sepanjang minggu.
(SUMBER:LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM)
THE NAHARA RESORT KALUMPANG
Lot 428, Jalan Kg Pasir Putih, Kalumpang 44100 Kerling, Hulu Selangor, Selangor
Tel : 019-431 2193
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Website : thenahara.blogspot.com
Seperti yang kita tahu, daerah Hulu Selangor adalah tempat yang paling sesuai bagi yang meminati istirehat santai bersama keluarga. Tempat yang dituju adalah The Nahara, Kalumpang. Tempat ini bersebelahan dengan Kalumpang Resort & Training Centre.
Pintu masuk
Lampu pelita
Papan tanda
Peta untuk ke The Nahara Resort
Tanda arah yang disediakan oleh pihak pengurusan untuk kemudahan para pengunjung yang datang
Pemandangan yang mendamaikan jiwa para pengunjung yang mahukan ketenangan
Chalet dan Villa yang disediakan untuk kemudahan kepada pengunjung yang ingin bermalam di The Nahara Resort
HUBUNGI:
The Nahara Kalumpang
Lot 428, Jalan Kg Pasir Putih, Kalumpang 44100 Kerling, Hulu Selangor, Selangor
Tel : 019-431 2193
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Website : thenahara.blogspot.com
FEE & ADMISSION
Day trip (7.30 a.m. – 7.30 p.m.) :
Adult – RM5/person
Children – RM3/person
Parking : Free
Toilet : Free
Campsite : RM30/night
Villa : About RM2000/night
Hiking : RM10/person
For more updates, refer The Nahara Facebook page.
MENARA CONDONG TELUK INTAN
Menara Condong Teluk Intan
Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.
Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.
Jalan di tengah-tengah Bandar Teluk Intan telah dinamakan sebagai Jalan Ah Cheong sempena memperingati sumbangan En. Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut.
LOKASI
Menara Jam ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.
ANGGARAN KOS:
Tidak diketahui.
TAHUN DIBINA:
1892
ARKITEK:
Tidak diketahui tetapi mengikut rekod "A Hundred Years Of Ceylonese In Malaysia and Singapore" (1867-1967), Mr. S. Sabapathy (Asst. Engineer), P.W.D. Teluk Intan, membantu dalam pembinaan ini.
SENARAI PENDERMA:
Kontraktor Cina yang dikenali sebagai Leong Choon Cheong dan kontraktor Ceylon telah membina dan penderma utama.
Dermaan daripada penduduk tempatan untuk membeli Jam Berkunci dari London buatan Firma J.W. Benson – Ludgatehill London.
TUJUAN DIBINA:
Melalui kajian yang dibuat terhadap Menara Jam Condong yang dahulu dikenali sebagai Jam Tinggi, tujuan dan motif pembinaannya seperti berikut:
Sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran.
Sebagai tangki air untuk penduduk bandar sekiranya berlaku kemarau
Memperingati jasa pentadbir (Pentadbir British
Sebagai penentu waktu "Time Keeper" dan mercu tanda bandar Teluk Intan.
SEJARAH PEMILIKAN:
Walaupun kontraktor Leong Choon Cheong berusaha membina menara jam ini dahulu, namun tidak dapat dinafikan bahawa pihak British adalah pemilik dan pentadbir ketika itu. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, menara jam ini secara automatis menjadi milik negara dan kini ia dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan pula oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan musuh.
SEJARAH PENGGUNAAN / PENYEWAAN:
1940 - Pejabat Pengakap di tingkat 2.
1977 hingga 1992 - Pejabat Cawangan Perancang Keluarga (National Family Planning Board)
DISKRIPSI GAYAPURA
Setelah diteliti, didapati pengaruh senibina Cina yang paling kuat pada Menara Jam Condong. Ini adalah kerana ia berkonsep sebuah "Pagoda". Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya untuk dihayati. Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam ini seperti gerbang, bumbung genting dan hiasan jubin dan sebagainya yang menunjukkan kekayaan budaya dan senibina Cina.
Dari luar kelihatan seolah-olah menara jam ini adalah bangunan 8 (Lapan) tingkat; sebenarnya hanya terdapat 3 (Tiga) tingkat sahaja. Menara jam ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Kekayaan senibina yang diperbuat daripada struktur kayu dan batu; terdapat setiap tingkap dilengkapi dengan lorong jalan 6 (Enam) kaki lebar berdindingkan tembok rendah 2 (Dua) kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Ketelitian senibinanya dan perancangan ruang dapat dilihat dari adaptasi kegunaannya sebagai tangki air ditingkat 3 (Tiga) yang diperbuat dari kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.
FAKTOR KECONDONGAN
Bangunan tersebut didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.
Sumber:Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Teluk Intan
Nasi Kukus Sg Klah