MUZIUM PENDIDIKAN PERTAMA NEGARA a.k.a BANGUNAN SULUH BUDIMAN UPSI

Bangunan Suluh Budiman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dibina pada tahun 1919 kini di naik taraf sebagai Muzium Pendidikan Nasional (MPN) dengan kos RM9.8 juta. Muzium pendidikan pertama negara itu dipulihara dengan kos tersebut dan boleh diiktiraf sebagai mercu tanda kegemilangan pendidikan tanah air disempurnakan perasmiannya oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun pada 19 Julai 2011.

Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam ucapannya pada majlis itu berkata pemilihan bangunan berkenaan sebagai muzium pendidikan pertama negara amat betetapan sekali kerana sejarah perkembangan pendidikan nasional banyak bermula du UPSI yang dahulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).

"Bangunan Suluh Budiman ini banyak berjasa dengan pembangunan negara dan bangsa malah kebangkitan nasionalisme yang menjadi pemangkin kepada perjuangan kemerdekaan turut bermula di sini, " katanya. Zambry berkata kerajaan negeri yakin muzium itu dapat memainkan peranan sebagai pusat khazanah segala sumber ilmu serta sejarah pendidikan negara.

UPSI telah melahirkan ramai tokoh pendidikan berkaliber dan pemimpin tersohor seperti bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba dan tokoh pendidikan Tan Sri Awanh Had Salleh.

Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr. Aminah Ayob pula berkata pembukaan muzium tersebut merupakan satu penghormatan kepada dunia pendidikan negara melalui pameran khazanah lama dan terkini yang melambangkan pencapaian sistem pendidikan di Malaysia dari era sebelum merdeka sehingga kini.

"Bangunan ini sebuah bangunan yang didaftarkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 12 NOvember 2009 kerana mempunyai nilai sejarah yang penting kepada pembangunan negara khususnya dalam bidang perguruan dan pendidikan," katanya.

SEJARAH BANGUNAN SULUH BUDIMAN

Beliau berkata bangunan berkenaan mula beroperasi pada 1922 sebagai sebuah maktab untuk latihan perguruan dan dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC) atau (MPSI).

Projek pemuliharaan bangunan itu dimulakan pada 24 Ogos 2009 untuk dijadikan sebagai MPN dan merujuk kepada prinsip konservasi bangunan bersejarah seperti diperuntukkan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan garis panduan Konservasi Jabatan Warisan Negara.

Pelawat ke MPN boleh menyaksikan pameran di 19 buah galeri, 2 bilik bacaan selain mendapat bahan rujukan melalui sistem komputer yang disediakan.

UPSI juga sementara itu menyediakan sistem digital yang membolehkan bahan-bahan pameran di muat naik ke dalam webnya bagi kemudahan pelayar internet seluruh dunia mengikut sejarah pendidikan negara.-BERNAMA

(SUMBER: BERNAMA)

 

UPSI

 

BANGUNAN SULUH BUDIMAN a.k.a MUZIUM PENDIDIKAN NASIONAL