KEUSAHAWANAN

NAMA         : ROSLIAH BINTI IBRAHIM

UMUR         : 48 TAHUN

KEAHLIAN : 23 APRIL 2014

 

Latar belakang

Puan Rosliah menyelia PDK bermula pada tahun 2000. PDK adalah pusat pemulihan kepada warga OKU sekitar gugusan Trolak. Bagi meneruskan kelangsungkan PDK, Pun Rosliah membuka perniagaan Kraftangan dengan menghasilkan pelbagai jenis kraftangan dan memasarkan produk mengikut tempahan, carnival dan orang perseorangan. Kemudian beliau membuka perniagaan penghasil makanan makanan ringan berasaskan ubi kayu dan pisang dengan menggunakan jenama Oishii Frita yang kini mendapat sambutan di seluruh negara.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 2000-RM3000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 2000-2500 pek Oishii Frita

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Selatan beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Beliau juga mempromosi produk beliau di Facebook ArgoBazar.. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM4000.