DIGITAL LITERACY

NAMA         : HAZILAH BINTI HUSAIMI

UMUR         : 22 TAHUN

KEAHLIAN : FEBRUARI 2018

 

Latar belakang

Hazilah merupakan anak sulung pasangan Narmizan Rasid dan Husaimi Husin. Lepasan STPM beliau berhijrah ke Johor Baharu untuk mencari pekerjaan dan tinggal di sana sekitar setahun. Namun akibat kos sara hidup yang tinggi dan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan beliau pindah semula ke Felda Trolak Selatan membantu ibubapanya berniaga kedai makan. Bagi menambah pendapatan beliau, menghasilkan resume kepada belia dan lepasan SPM/STPM yang ingin mencari pekerjaan. Setiap resume dikenakan RM15 hingga RM20 mengikut reka bentuk dan jumlah maklumat yang dimasukkan. Beliau menggunaka aplikasi www.canva.com untuk menghasilkan resume tersebut. Aktiviti menaip resume yang ditempah dijalankan di Pusat Internet Felda Trolak Selatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum membuat dan menjual resume, beliau hanya bergantung kepada pendapatan bekerja di Kedai Makan milik ibu bapanya

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau boleh menambah pendapatan sehingga ke RM200 sebulan

 

KEUSAHAWANAN

NAMA         : ANUAR BIN MAN

UMUR         : 38 TAHUN

KEAHLIAN : 27 FEBRUARI 2010

 

Latar belakang

Beliau adalah anak peneroka Felda dan belian Felda Trolak Selatan. Dengan bantuan adik dan isteri beliau, syarikat percetakkan t-shirt telak mendapat sambutan yang menggalakkan. Beliau menguruskan perniagaan ini bersama beberapa orang pekerja sambilan. Dalam menjalankan perniagaan percetakkan, computer dan internet menjadi nadi utama dalam membuat rekaan dan berurusan dengan pelanggan. Beliau sering ke PI bagi mendapatkan perkhidmatan membuat rekaan, menghantar emel dan mencetak rekaan cetakkan.

Beliau  mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan menyertai kelas GMBO yang diaadakan di PI Felda Trolak Selatan dan kelas e Rezeki. Beliau telah membina face Empayar Desa Premium bagi membolehkan pelanggan melihat sendiri barangan percetakkan yang disedakan dalam syarikat beliau..

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau tidak menggunakan teknologi media social untuk mempromosikan produk beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau lebih terdedah kepada penggunaan media social untuk mempromosi produk.

KEUSAHAWANAN

NAMA         : HANIM HAMIZAH BINTI MUSA

UMUR         : 47 TAHUN

KEAHLIAN : 24 JUN 2014

 

Latar belakang

Cik Hanim Hamizah adalah pengunjung dan ahli tetap Pusat Internet Felda Trolak Selatan dan sering mendapatkan perkhidmatan di pusat internet. Beliau tinggal bersama ibubapanya di Felda Trolak Selatan. Minat dalam bidang perniagaan mendorong beliau menbuka kedai makan Cendol Station di bandar Sungkai. Perniagaan ini diusahakan bersama adik beliau. Cendol station terkenal dengan cendolnya yang lemak dan enak. Kini beliau menambah lagi produk makanan iaitu Kak Zai Mee Udang ala-ala mee udang Kuala Sepetang. Beliau turut membuka warung yang menjual makanan tengah hari kepada penduduk Felda Trolak Selatan terutamanya yang bekerja. Warung Hanim menyediakan pelbaga menu makan tengah hari.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau tidak menggunakan teknilogi media social untuk mempromosikan produk beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau lebih terdedah kepada penggunaan media social untuk mempromosi produk makanan beliau.

 

KEUSAHAWANAN

NAMA         : NOR AZIMA BINTI KAMARUDDIN

UMUR         : 34 TAHUN

KEAHLIAN : 24 JUN 2014

 

Latar belakang

Nor Azima Kamaruddin merupakan anak Felda Trolak Selatan yang tinggal bersama ibu bapa dan anak lelaki tunggalnya. Bagi menambah pendapatan keluarga beliau menjual pelbagai kek dan pasti yang dibuat sendiri. Beliau menerima tempahan perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya. Beliau menggunakan facebook sebagai medium untuk memasarkan produk beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau menjual produk secara offline

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau telah menjual secara online secara lebih konsisten

KEUSAHAWANAN

 

NAMA         : SALINA BINTI ISMAIL

UMUR         : 34 TAHUN

KEAHLIAN : 24 JUN 2014

 

Latar belakang

Salina Ismail merupakan anak Felda Trolak Selatan yang tinggal bersama ibu beliau yang sedang sakit. Bagi menambah pendapatan keluarga beliau menjual pelbagai jenis makanan barat yang diambil dari rakan beliau dan pelbagai produk lain seperti pakaian, peralatan rumah dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau menjual produk secara offline

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau telah memjual secara online secara lebih konsisten