DIGITAL LITERACY

 

NAMA         : NOR AZIMAH BINTI BASRI

UMUR         : 38 TAHUN

KEAHLIAN : 3 MEI 2018

 

Latar belakang

Puan Azimah merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anak. Kini beliau bekerjsa sebagai kerani pentadbiran di PLKN Sinar Harapan. Beliau pernah berhijrah di pelbagai tempat di Malaysia kerana mengikut bekas suaminya yang bekerja sebagai tentera. Namun setelah menjadi ibu tunggal beliau terpaksa menanggung kehidupan sendiri dan anak-anak. Beliau pulang ke Felda Trolak Selatan dan tinggal bersama ibu bapa beliau. Beliau turut menjual juadah petang kecil-kecilan. Setelah di tawarkan bekerja sebagai kerani, pihak majikan meminta beliau mendalami ilmu komputer seperti asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Oleh itu beliau telah datang ke Pusat Internet Felda Trolak Selatan untuk menjalani kelas Asas Microsoft Office dibawah program  Intel Easy Step. Melalui Program ini, beliau diberikan sijil yang mengesahkan kebolehan beliau dalam mengendalikan komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menjalini program Intel, beliau pernah menggunakan komputer.Namun setelah tidak bekerja, teknik menggunakan komputer telah semakin berkurang dan banyak aplikasi baru yang tidak dipelajarinya

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau semakin mahir menggunakan komputer dan lebih berkeyakinan.