KEUSAHAWANAN

NAMA         : HANIM HAMIZAH BINTI MUSA

UMUR         : 47 TAHUN

KEAHLIAN : 24 JUN 2014

 

Latar belakang

Cik Hanim Hamizah adalah pengunjung dan ahli tetap Pusat Internet Felda Trolak Selatan dan sering mendapatkan perkhidmatan di pusat internet. Beliau tinggal bersama ibubapanya di Felda Trolak Selatan. Minat dalam bidang perniagaan mendorong beliau menbuka kedai makan Cendol Station di bandar Sungkai. Perniagaan ini diusahakan bersama adik beliau. Cendol station terkenal dengan cendolnya yang lemak dan enak. Kini beliau menambah lagi produk makanan iaitu Kak Zai Mee Udang ala-ala mee udang Kuala Sepetang. Beliau turut membuka warung yang menjual makanan tengah hari kepada penduduk Felda Trolak Selatan terutamanya yang bekerja. Warung Hanim menyediakan pelbaga menu makan tengah hari.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau tidak menggunakan teknilogi media social untuk mempromosikan produk beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau lebih terdedah kepada penggunaan media social untuk mempromosi produk makanan beliau.