USTAZAH SALMAH

 NAMA        : SALMAH BINTI HAJI BAHARUDDIN

 UMUR        : 52 TAHUN

 KEAHLIAN : 30 APRIL 2010

 

Latar belakang

Ustazah Salmah adalah anak peneroka Felda Trolak Selatan dan beliau telah berkahwin dengan seorang peneroka di sini. Beliau merupakan ibu tunggal kepada 8 orang anak dan mennggalas banyak tangjungjawab kepada keluarga, sekolah dan komuniti. Kerjaya beliau sebagai guru menuntut beliau mempelajari ICT untuk menjadi lebih selari dengan kehidupan zaman kini. Beliau telah menyertai kursus komputer yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak dibawah bidang pendidikan namun masih belum dapat menguasai sepenuhnya kemahiran berkomputer. Menurut Ustazah Salmah beliau mengalami masalah alahan pada cahaya komputer. Walaubagaimanapun beliau tetap berusaha untuk mendalami ilmu ICT dengan bantuan anak-anak dan petugas Pi1M.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Ustazah Salmah mengalami alahan kepada cahaya computer yang menyebabkan maslah pening dan loya. Beliau juga tidak mahir menggunakan internet serta aplikasi lain dalam computer. selain itu beliau tidak mengetahui bahawa computer dan internet boleh menjalankan pelbagai kerja pengurusan dengan lebih sistematik

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Ustazah Salmah telah menyertai Bengkel Asas Media Sosial Anjuran JAIPk dan SKMM. Beliau mempelajari cara menggunaka computer dan internet untuk menyebarkan maklumat dakwah. Kini beliau menjadi pengunjung PI1M untuk mencari input maklumat mengenai hokum dan dahwah Islam melalui Youtube